16Oktober2018

MENYANJUNG TINGGI DAN MENGHARGAI JASA IBU DAN BAPA

Sejajar dengan Hari Ibu dan Hari Bapa baru-baru berlalu izinkan saya minggu ini memberikan penghargaan kepada kedua ibubapa saya.

 

Kami adik-beradik sepuloh orang menyanjung , menghargai dan merasa bertuah mendapat dua orang insan yang pengasih , penyayang, berwawasan lagi bertanggung jawab sebagai ibu bapa kami.

Walaupun pun ibu bapa kami tidak pernah dianugerahkan sebagai tokoh bapa mithali atau ibu mithali namum mereka adalah ibu bapa mithali kepada kami semua.

Bapa saya Hj Muhammad Taib bin Hj Sidek adalah anak ketiga dari empat orang adik beradik lelaki. Ayahnya dari suku kaum Mandailing dari Marga Nasution manakala ibunya pula orang Selayang.

Abang ayah saya yang sulong terpaksa berhenti sekolah kerana menolong ibu mereka mencari nafkah. Begitu juga dengan abang keduanya. Hanya bapa saya yang tamat sekolah. Adik bongsunya masuk Ashkar Melayu dan berperang melawan Jepun bersama-sama yunit Tentera British yang lain di Singapura sehinggalah British mengaku kalah kepada Tentera Jepun.

Hari ini kemua mereka telah meninggal dunia kecuali bapa saya yang sekarang berumur 92 tahun. Ia dan ibu saya sekarang tinggal di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur.

Apabila tamat sekolah bapa saya berjaya diterima memasukki Sultan Idris Training College (SITC) . Pengalamannya di SITC banyak mempengaruhi pandangan dan falsafah hidupnya.

Ibu saya Hajjah Hafsah binti Hj Abdul Hamid adalah anak sulung dari dua beradik perempuan. Ayahnya adalah saorang forest ranger.


Ayahnya dari suku kaum Kerinci dan ibunya pula orang Rawa berasal dari Temerloh , Pahang . Ia belajar di Sekolah Latihan SITC . Di situlah ayah saya semasa menjadi guru pelatih berjumpa dan tertawan dengan ibu saya semasa beliau mengajar di Sekolah tersebut. Malah sampai hari emak saya masih memanggil ayah saya dengan panggilan “Cikgu”!

Kakak kami yang sulung Zaleha meninggal dunia semasa berumur 3 tahun oleh penyakit demam panas semasa ayah saya mengajar di Rawang.

Pengalaman pahit dan trauma yang mereka lalui dengan kematian anak sulong mereka itu telah merubah paradigma kedua ibu bapa saya. Semenjak dari itu mereka terutama ibu saya senantiasa memberikan perhatian yang rapi terhadap keadaan anak-anaknya pada setiap masa. Apabila ada anaknya yang sakit, anak itu akan di jaga dengan rapi. Ibarat di beri jagaan “VIP” sehingga anaknya itu semboh seperti biasa.

Bapa saya walaupun saorang guru sekolah melayu tetapi ia telah membuat ketetapan bahawa semua tujoh orang anak-anak lelakinya akan di berikan pendidikan terbaik di sekolah inggeris manakala tiga anak perempuannya pula di sekolah agama. Jadi abang saya yang sulong Othman, Muhammad dan saya mula-mula bersekolah di Government English School (GES) , Kuala Kubu Baru. Kemudiannya kami berpindah ke GES Sabak Bernam apabila ayah saya bertukar ke Sekolah Kebangsaan Parit Baru di mana adik saya Sulaiman kemudiannya ikut bersekolah bersama-sama kami.

Ayah saya amat mengikuti perkembangan politik antarabangsa dan tanah air. Saya masih ingat lagi semasa saya kecil sekitar tahun 1956 masa itu ia mengajar di Batang Kali. Tiap-tiap malam ia akan memsang radio Grundignya untuk mendengar rancangan berita Radio BBC mengenai Perang Suez di mana askar-askar British dan Ferancis menyerang Mesir dan kemudiannya berjaya menawan Terusan Suez.

Pada pilihanraya pertama pada tahun1955, Perikatan telah meletakkan Puan Halimaton sebagai calunnya bertanding di Kawasan Pilihanraya Ulu Selangor. Sebagai Ketua Cawangan UMNO Batang Kali ayah saya turut bekerja keras memenangkan Puan Halimaton di Ulu Selangor.

Ia juga nasionalis yang committed . Pada tahun 1956 ayah saya telah membawa kedua abang saya Othman dan Muhammad ke Melaka menghadiri Sambutan Besar-besaran menyambut kepulangan YAM Tunku Abdul Rahman dari London selepas Tunku berjaya mendapatkan tarikh hari kemerdekaan Malaya dari British yaitu pada 31hb Ogos 1957.

Ayah saya tidak membawa saya kerana katanya saya masih kecil (umur saya pada masa itu ialah lapan tahun). Katanya ribuan penyokong UMNO dan lain-lain parti Perikatan yang akan berkumpul dan bertumpu ke Melaka. Jadi tidak selamat membawa saya bersama-sama. Sampai hari saya merasa sedih kerana tidak dapat hadhir dan menyaksikan Sambutan kepulangan Tunku dari London pada tahun 1956 yang amat bersejarah itu.

Di mana-mana sahaja ayah saya bertugas ia akan di lantik sebagai Ketua Cawangan UMNO. Jawatan Ketua Cawangan UMNOnya yang terakhir ialah sebagai Ketua UMNO Cawangan Ulu Bernam, Bahagian Ulu Selangor yaitu jawatan yang dipegangnya apabila ia bersara pilihan sebagai guru besar Sekolah Kebangsaan Parit Baru pada tahun1963.

Pada zaman itu guru-guru adalah merupakan pemimpin akar umbi UMNO . Guru juga adalah dihormati oleh masyarakat luar Bandar. Sebagai golongan terpelajar di desa mereka merupakan ajen pembaharuan kepada minda orang-orang kampong mengenai pentingnya pendidikan. Beberapa muridnya berjaya memasukki Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Tun Fatimah yang pada masa itu berada di Melaka.Mereka hari adalah merupakan tokoh-tokoh professional yang berjaya.

Ayah saya terkenal sebagai guru yang garang. Dan ini adalah fenomena profesyen guru pada zaman itu. Mereka berpegang kepada motto “Spare the rod and you spoil the child”.

Mungkin kurangnya disiplin di sekolah-sekolah pada hari ini adalah kerana murid-murid tidak takut lagi kepada guru. Sekarang ini kalau guru-guru garang pada murid, ibu bapa mereka akan melenting dan marah pada guru. Walhal di sekolah cina, guru masih lagi menggunakan kaedah “ learning by the rod ”.

Kami adik-beradik senantiasa disuntik semangat untuk tekun belajar dan mempunyai wawasan. Kata ayah saya ia tiada meninggalkan apa-apa harta untuk anak-anaknya. Tanaman modalnya hanyalah membiayai setinggi mana tahap pendidikan yang tercapai oleh anak-anaknya. Beliau tiada mempunyai kereta pun semasa perkhidmatannya sebagai guru. Ia mula mengambil lesen kereta dan memandu kereta hanya selepas beberapa lama ia pencen yaitu selepas anak-anaknya habis belajar dan mula bekerja.

Satu prinsipnya yang saya selalu ingat ialah ia tidak suka makan di luar kecuali bila perlu sahaja yaitu ketika berhubungan dengan pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu. Ia juga tidak suka membuang masa bersembang-sembang di kedai kopi.

Sebagai saorang yang lama berkecimpung dalam politik akar umbi UMNO ayah saya banyak mempengaruhi abang saya Tan Sri Muhammad dalam kerjaya politiknya kerana mereka mempunyai perwatakan yang sama. Ayah saya selalu menasihatkannya supaya tidak mempunyai sifat membalas dendam.

Dalam politik katanya lebih kita ada banyak kawan daripada banyak musoh. Biar orang membuat jahat kepada kita. Namun kita harus tetap baik kepada orang itu kerana arus politik seperti juga arus kehidupan sering dan senantiasa bertukar.Hari ini kita di bawah esok mungkin kita di atas pula . Hari ini mungkin kita musuh esok mungkin kita jadi kawan pula.

Walaupun saya rasa bapa saya tidak pernah membaca buku Niccolo Machiavelli “ The Prince ” apa–apa nasihat dan prinsipnya politiknya mungkin adalah hasil pengalaman perjuangannya sendiri diperingkat akar umbi dan pemerhatiannya terhadap tokoh-tokoh pemimpin dalam sejarah UMNO itu sendiri.

Kami semua adalah dibesarkan dalam keadaan sederhana di luar Bandar di tempat-tempat dimana ayah saya bertugas sebagai Guru dan kemudiannya sebagai Guru Besar samada di Kampung Nakhoda Omar, Rawang, Batang Kali, Kalumpang dan akhirnya di Parit Baru.

Di tempat-tempat itu kami merasa bertuah mempunyai kawan-kawan yang ramai . Antaranya hari ini ada yang menjadi tokoh korporat , pemimpin politik, tokoh profesyenal, pentadbiran dan ramai juga yang jadi pegawai di Jabatan Agama Islam Selangor dan kadhi di seluroh Negeri Selangor. Malah saorang adalah pada masa ini, Ketua Pengarah, Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tempat yang seronoh sekali kami tinggal pada saya ialah di Parit Baru, Daerah Sabak Bernam dengan masyarakat Jawanya yang baik hati dan rajin bekerja. Kami cukup gumbira bila sampai Hari Pasarnya setiap hari Khamis di mana terdapat daging dan tulang lembu yang baru disembelih , sayur-sayuran dan buah-buahan.

Emak saya akan memasak sop dan semua daging samada gulai atau goring sambal kerana pada masa itu tiada peti ais kerana bekalan letrik belum ada lagi. Saya juga mula mengenali masakan kaum Jawa seperti pecal dan tempe yang saya gemari sampai ke hari ini.

Kami bersyukur kepada Allah kerana mempunyai dua orang ibu bapa yang telah memberikan sepenuh-penuh kasih kepada kami dalam masa peroses pembesaran sepuloh orang adik beradik kami. Semuga semua prinsip dan pengajaran dari kedua orang tua kami ini mengenai kehidupan dan maknusia akan kami pegang dan sampaikan pula kepada anak cucu dan keturunan kami yang akan datang. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa mereka.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 426  tetamu dalam talian