15Disember2018

Usul lebih ramai calon muda akan dibahaskan dalam PAU2017

Usul memberi lebih ruang dan peluang kepada calon muda menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang perlu ditekankan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 kali ini.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafi berkata, ia sekali gus isyarat kepada pucuk pimpinan parti untuk mempertimbangkan isu itu demi kelangsungan parti pada masa depan.

Jelasnya, rentak kemenangan PRU harus segera dibentuk dengan keputusan pertimbangan calon-calon muda pada perhimpunan kali ini.

"Calon anak muda perlu diketengahkan kerana mereka adalah penyelesaian kepada parti dan wajar diberikan peluang menjadi calon PRU.
 
"Setiap tanggungjawab dan kerja yang diberikan kepada anak muda telah dilaksanakan dengan baik. Malah peringkat akar umbi juga telah merasainya. Oleh itu, calon dalam kalangan anak muda akan menentukan survival parti politik," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menegaskan, Barisan Nasional (BN) perlu menampilkan imej yang lebih segar dan tidak boleh dipandang sebagai parti untuk orang lama sahaja.

Khairy berkata sehubungan itu setiap calon daripada BN yang akan dipilih pada PRU akan datang perlulah dilihat sebagai yang mampu mewakili bukan sahaja generasi muda, malah semua lapisan rakyat.

Dalam pada itu tegas Razlan, pucuk pimpinan parti perlu memikirkan isu penglibatan anak muda dalam pembuat dasar dan polisi secara serius.

Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan berlangsung pada 5 sehingga 9 Disember ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

PAU 2017 akan bermula dengan program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian Perhimpunan Agung pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.-29/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 396  tetamu dalam talian