28Jun2017

Usaha pembangkang sabotaj ekonomi negara berakhir sia-sia

Usaha pembangkang yang beberapa kali cuba mensabotaj ekonomi serta menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata sia-sia apabila lebih banyak pelaburan diterima Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata dalam tempoh tujuh bulan bermula November tahun lepas hingga Mei tahun ini sahaja, sebanyak RM366 bilion pelaburan telah berjaya dibawa masuk ke dalam negara oleh Najib, meskipun ramai pembangkang mengatakan kerajaan pimpinannya gagal.

“Daripada jumlah berkenaan, RM175 bilion adalah pelaburan dari China, hasil dua lawatan Najib ke negara berkenaan pada November tahun lepas, manakala RM31 bilion merupakan pelaburan dari Arab Saudi selepas kunjungan rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada Februari.

“Baki RM160 bilion pula dicapai hasil lawatan rasmi Najib ke India pada bulan April,” katanya dalam ucapan perasmian Pentas Rakyat: Bual Bicara Pembangunan di Parlimen Pengerang di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politiknya Ghazali Abas.

Azalina berkata kerjasama yang terjalin dengan negara-negara itu menunjukkan mereka menaruh keyakinan penuh terhadap kestabilan ekonomi dan politik di Malaysia, sekali gus membantu kerajaan melenyapkan segala berita tidak sahih mengenai usaha-usaha yang dijalankan.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan program berkenaan mampu menyebarkan maklumat pembangunan dalam Parlimen Pengerang khususnya kepada generasi muda, selain memastikan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat berjalan lancar.

“Pembangunan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional sudah pasti untuk kebaikan rakyat keseluruhannya dan kerajaan sentiasa berusaha untuk memberi peluang-peluang terbaik kepada rakyat.

“Justeru, saya harap rakyat di Pengerang tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang, sebaliknya bersama-bersama kerajaan membangunkan negara,” katanya yang juga Anggota Parlimen Pengerang.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Operasi Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) Izhar Hifnei Ismail.-19/5/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 654  tetamu dalam talian