24Ogos2017

UMNO Perak tidak gerun kempen pembangkang di negeri itu

UMNO dan BN Perak tidak `gerun’ dengan kedatangan beberapa pemimpin tertinggi dalam gabungan Pakatan Harapan ke negeri ini untuk mengadakan ceramah politik bagi meraih sokongan pengundi dalam menghadapi PRU ke-14 nanti.

Malah kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, UMNO dan BN Perak sentiasa konsisten dan mantap dari segi gerak kerjanya sebagai sebuah parti pemerintah.

Menurut beliau, gerak kerja yang dijalankan UMNO dan BN sejak awal lagi adalah merupakan kerja-kerja pilihan raya.

"Orang lain saya tak tahu tapi bagi negeri Perak, wanitanya, Puterinya, dan Pemuda semua dah buat kerja dah lama dah... Pemuda-pemuda pun mencari pengundi-pengundi baru daripada anak-anak muda yang layak mengundi dah buat dah, setiap bahagian pertambahan pengundi banyak.

"Saya rasa di Perak ni dah berpuluh ribu dah bertambah pengundi... jadi kita tidak gerunlah dengan kedatangan pemimpin pembangkang sama ada daripada Tun Mahathir ke siapa ke silakan lah,’’ katanya.

Datuk Seri Tajuddin berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Bersama UMNO Perak di Bangunan UMNO, Ipoh malam tadi. Hadir sama Ketua Wanita UMNO Negeri, Datuk Rusnah Kassim.

Beliau diminta mengulas kedatangan beberapa pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan antaranya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan terkini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perak baru-baru ini.

Menurut beliau, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah mengarahkan semua jentera bersiap sedia bagi menghadapi PRU ke 14.

"Kita telah bekerja bukannya waktu ini hendak mengadakan pilihan raya sepanjang musim... we are konsisten, tidak bermusim dari segi kerja kita sebagai sebuah parti pemerintah.’’ Katanya.

Kepada isu Jabatan keadilan Amerika Syarikat (DoJ) beliau menegaskan rakyat Malaysia mesti pertahankan  bahawa kita tidak mahu campurtangan daripada mana-mana pihak terhadap apa jua urusan dalam kerajaan Negara ini.

"Kita jangan berpecah belah orang akan mengambil kesempatan orang asing akan ambil kesempatan..Amerika you tahulah dia ada agenda dia memang dia suka campurtangan..dia ada agenda dia.

"Tengoklah di Timur Tengah macam mana dia campurtangan hingga apa jadi haru biru Negara Negara di Timur Tengah itu sebab apa rakyat dia tidak bersatu berpecah belah... begitu juga di Malaysia ni kalau kita bersatu kuasa asing tidak mungkin akan adu domba kita ataupun hendak menjatuhkan apa-apa di pihak kita,’’ katanya.

Kelmarin Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengutuk keras anggota dan penyokong pembangkang yang sanggup mengetepikan kedaulatan Negara apabila menggunakan kuasa asing untuk mencampuri urusan politik Negara.

Beliau berkata, mereka yang tidak bertanggungjawab ini sanggup memanipulasi saman sivil terbaru yang dikemukakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sebagai satu senjata politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin Negara dan menjayakan matlamat peribadi masing-masing.-18/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 732  tetamu dalam talian