15November2018

Tun Mahathir, Anwar sebahagian dari 61 tahun pemerintahan BN

Sikap sesetengah pemimpin Pakatan Harapan yang sering mengkritik kerajaan dahulu termasuklah sepanjang pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 61 tahun, dibidas Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut beliau mana-mana pihak yang sering membangkitkannya perlu sedar dan tahu bahawa pada waktu berkenaan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Port Dickson yang baru mengangkat sumpah hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berada di dalam kabinet.

“Saya dahla sakit… tetapi saya lagi sakit apabila hadir pada mesyuarat yang lepas semua menyalahkan kerajaan yang lama…, banyak sebut 61 tahun.

“Kalau kita kata 61 tahun tidak berguna jadi macam mana kita menghina Perdana Menteri. Kita juga menghina Ahli Parlimen Port Dickson yang baru mengangkat sumpah hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga Timbalan Perdana Menteri dahulu. Apakah kita nak kritik masa beliau jadi Timbalan Perdana Menteri.

“Ucapan yang menyebut kerajaan 61 tahun dahulu adalah ucapan yang menghina diri. jangan sebut lagi dah. Tuan-tuan dah menang….dah menang ambil…‘no problem‘ dan buat yang terbaik,“ katanya pada sesi perbahasan di Parlimen Isnin.

Ujarnya, tidak perlulah cakap melalut dan seringkali menyalahkan kerajaan dahulu sebaliknya teruskanlah dengan bekerja untuk rakyat dan negara.

“Bukan macam Menteri Kewangan tiap-tiap kali jawab bantai kerajaan dahulu. kerajaan dahulu ‘corrupted‘ dan sebagainya. Untuk menuduh orang dan sebagainya itu bukan cara menyelesaikan masalah.

“Sekarang ini dah menang buatlah yang terbaik. Tidak payah kata kita tak boleh buat sebab kerajaan dahulu tidak berguna. Masa kami tidak ada masalah…kalau tidak boleh buat bagi balik. Itu ceritanya. Jangan cakap melalut tidak tentu pasal,“ katanya.-16/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1087  tetamu dalam talian