23November2017

Trend terkini di Perak... Pengundi muda India sokong BN

Bekas Pengerusi MIC Perak, Tan Sri G. Rajoo optimis masyarakat India khususnya golongan muda di negeri ini akan menolak Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti.

Beliau berkata golongan muda kini sudah jauh berubah berbanding dahulu dan mereka kini lebih matang kerana keprihatinan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membela nasib masa depan kaum itu.

``Kali ini saya nampak minda masyarakat India khasnya orang muda sudah jauh berubah kerana kerajaan BN hari ini menerusi kepimpinan Datuk Seri Najib telah banyak membawa perubahan sosio ekonomi masyarakat India di negara ini.

``Hari ini kita lihat masyarakat  India mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan BN antaranya bantuan pendidikan kepada pelajar tamil untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi, bantuan modal perniagaan, bantuan kuil-kuil dan sebagainya.’’ katanya ketika ditemui di rumah terbuka sempena Hari Deepavali di kediamannya di Ipoh pada Rabu.

Beberapa orang mantan Exco kerajaan Perak dan  pemimpin komponen BN adalah antara ratusan tetamu yang hadir pada rumah terbuka itu.

Beliau turut optimis, pembangkang tidak boleh `tidur lena’ kerana pengundi-pengundi India yang sebelum ini menyokong pembangkang kini sudah beralih angin untuk memberikan sokongan mantap kepada BN pada pilihan raya umum ke 14 nanti.

Menurut Rajoo, pengundi India kini sudah matang berpolitik kerana mereka dapat menilai KPI bersih BN berbanding pembangkang yang lebih gemar bermain politik kebencian terhadap BN sedangkan rakyat kini sudah muak dengan politik lapuk pembangkang ini.

``Masyarakat India sudah muak dengan politik lapuk pembangkang ini yang hanya pandai menuding jari melontar tuduhan palsu bagi menanamkan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN lebih-lebih lagi ketika PRU ke-14 semakin hampir  sekarang,’’ katanya.

Katanya, apa yang jelas dan dapat dilihat kalangan pemimpin dalam  parti gabungan Pakatan Harapan tidak sefahaman dan bercelaru hingga menyebabkan rakyat kini sudah hilang keyakinan terhadap mereka.-19/10/2017               

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 667  tetamu dalam talian