21November2017

Tengku Adnan tibai gelagat cakap senang pembangkang tabur janji tak masuk akal...

Menjadi kelaziman perangai pembangkang yang mudah bercakap dan menabur janji politik retorik untuk mengelirukan pemikiran rakyat.
 
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas gelagat pembangkang yang suka meracuni pemikiran rakyat dengan janji-janji yang tidak masuk akal dan bersifat retorik.
 
“Mereka memang mudah berkata-kata, janji itu dan ini, tabur gula-gula yang tak masuk akal kepada rakyat sebab apa?… Sebab mereka belum berkuasa.
 
“Kita kalau tidak ada kuasa memanglah akan bercakap macam tu sebab nak memikat hati rakyat. Ini semua retorik Pakatan Harapan,” selar Menteri Wilayah Persekutuan itu.
 
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Jom Bantu Rakyat di Lembah Pantai, pada Ahad.
 
Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai Raja Nong Chik Zainal Abidin dan para pemimpin parti kompenen Barisan Nasional Lembah Pantai.
 
Beliau yang lebih mesra dipanggil Ku Nan menegaskan, dakyah pembangkang ini dibuat secara membuta tuli kerana bukan mereka yang bersusah payah mentadbir negara pada masa ini.
 
“Kita tahulah sebab kita berada dalam kerajaan, kita tahu susah senangnya kerajaan nak memastikan kehidupan rakyat sentiasa terbela dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang.
 
“Senang bercakap, berjanji daripada melaksanakan. Rakyat jangan termakan dengan retorik mereka itu,” tegasnya.
 
Reaksi Ku Nan ini adalah respon kepada kenyataan yang dibuat oleh Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya PH akan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam masa 100 hari jika dapat memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU ke-14 nanti.
 
Semalam, Muhyiddin dalam ucapan sempena setahun penubuhan PPBM, di Muar, juga berjanji bahawa PH akan membaik pulih institusi kerajaan dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat 1MDB.
 
Dalam pada itu, Ku Nan juga menempelak bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang menyifatkan perjuangan pembangkang menentang BN adalah untuk memerangi kemungkaran.
 
“Siapa yang mungkar, selepas dia bukan lagi ahli UMNO dan BN, dia kata kita pihak yang mungkar. Hilang jawatan dan kuasa, dia tuduh kita lakukan kemungkaran.
 
“Saya kesal dengan orang macam ini. Sebab kepentingan politik peribadi dia hentam kita pihak yang melakukan kemungkaran, sedangkan kita ni bertungkus lumus membantu, membela dan memperjuangkan nasib rakyat di negara ini.
 
“Hanya Allah sahaja yang layak dan tahu siapa yang lakukan kemungkaran. Dosa dan pahala bukan individu yang tentukan. Janganlah nak mengambil tugas tuhan nak menentukan baik buruk orang lain,” jelas Ku Nan dengan kesal.- 10/9/2017 Oleh: NAJAMUDDIN MOHD NOR
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1299  tetamu dalam talian