19Ogos2018

Taktik terbaru pembangkang burukkan BN...

Menteri Besar Perak berpendapat beliau tidak perlu mengikut rentak pembangkang dengan menggunakan kaedah tidak beradap dan bertamadun dalam meraih sokongan rakyat dalamPRUke14 kelak.

Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir berkata rakyat sendiri boleh menilai strategi pembangkang membuat serangan habis-habis memburuk-burukkannya dengan pelbagai tektik kotor.

 Sejak memimpin kerajaan negeri,beliau telah meletakkan batu asas yang kukuh serta mengutamakan rakyat dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan.

“Nilailah rekod kerajaan negeri... dan terpulang kepada rakyat memberikan penilaian” katanya sambil menambah, “saya tidak perlu menyerang pembangkang dengan kata-kata kesat semata-mata mahukan sokongan rakyat.

Mengulas lanjut Dr Zambry berkata, beliau memang sudah menjangkakan strategi yang dibuat pihak pembangkang yang tidak lain dan tidak bukan mahu membangkitkan kemarahan rakyat kepadanya.

Katanya pada tahap ini beliau tidak mengikut menari mengikut rentak seperti barisan pembangkang yang mengeluarkan perkataan mencarut, kutukan dan pembohong.

``Saya tidak mahu bertindak seperti mereka  mengenai perkara yang telah diberikan penjelasan.

`` Ia adalah salah satu strategi mereka diperingkat akhir sebelum pilihan raya, mereka akan menyerang saya habis-habis termasuk tiada perasaan malu dengan mengusung replika kereta kononnya kereta Audi itu milik saya, seolah seronok dapat menimbulkan kemarahan rakyat pada saya.

“Pembohongan dan fitnah itu akan mereka lakukan bagi mengaibkan walaupun telah berkali-kali  diberikan penjelasan.

``Saya telah memberikan penjelasan mengenai kereta, tentang anugerah kisah pada tahun 2016 hingga pemberian bonus baru-baru ini turut digambarkan dan dipusingkan saya  memperolehi lebih RM100,000 kesemua dijadikan bahan,'' katanya.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi sembang santai bersama anak muda di Dewan Dato Seri Kamaruddin, Manjung pada Ahad.

Beliau menganggap pembangkang kini semakin terdesak sehingga terpaksa membuat serangan habis-habisan untuk memburukkannya jika tidak mereka berkemungkinan besar menghadapi kesukaran dalam menghadapi pilihanraya nanti.

``“Mereka perlu menyerang saya habis-habisan dan berterusan tanpa rasa malu, berdosa dan tanpa perasaan langsung.

``Saya juga telah ingatkan kepada semua berapa bulan yang lalu strategi mereka menyerang saya  biarpun telah memberikan penjelasan.

``Nga Kor Ming memaki hamun saya, inilah tahap pembangkang, apakah saya perlu berada ditahap seperti mereka dengan mengeluarkan perkataan carut, kutukan, saya tidak mahu bertindak seperti mereka,'' katanya.

Dr Zambry optimis rakyat dapat menilai jenis pemimpin yang berada dalam barisan pembangkang ini.

Beliau menegaskan, pihaknya  akan tetap memberikan penjelasan kerana masih ada  pihak yang keliru  dan percaya pembohongan yang disebarkan pembangkang ini.

Dr Zambry turut menyifatkan ketua pembangkang Datuk Seri Nizar Jamaluddin bukan satu watak baru dalam pentas politik di negeri ini.

``Nizar cakap soal agama daripada parti Amanah dakwa parti paling Islamik tetapi cuba lihat cara dia bercakap, berceramah memaki hamun tanpa rasa berdosa.

“Dia bukan watak baru dalam pentas politik Perak dan cara maki hamun sudah difahami  oleh rakyat dan rakyat akan menilai apa yang diperkatakannya penuh dengan maki hamun, manipulasi fakta, pembohongan, fitnah dimainkan oleh manusia bernama Nizar,'' katanya.-6/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 509  tetamu dalam talian