11Disember2018

Tak jaga Selangor... Azmin sibuk berkempen di negari lain

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiada masa untuk turun padang menyelesaikan masalah rakyat negeri Selangor kerana sibuk berkempen di negari lain.

Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar berkata pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan lebih pentingkan jawatan daripada membela nasib rakyat.

“Saya tengok kepentingan rakyat. Azmin tiada masa nak turun padang. Saya tengok dia banyak round (berkempen) di negeri-negeri lain.”

“Jadi biarlah MB Pakatan Harapan sibuk dengan menentukan siapa nak pegang jawatan, tapi nak jadi PM, biarlah dia sibuk dengan dia,” kata Noh Omar.

Beliau turut mengesahkan bahawa beliau telah meminta BN Selangor supaya tidak menghebohkan siapa bakal calon dan MB bagi pihak BN di Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) nanti.

“Kita di Selangor, saya dah bagi tahu jangan kita heboh pasal siapa nak menjadi MB nak jadi calon. Biar pucuk pimpinan BN buat keputusan,” jelas beliau.-10/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 327  tetamu dalam talian