18Julai2018

Senarai calon PAN Kedah... Mahfuz kekal di Pokok Sena

Di sebalik bantahan akar umbi Parti Amanah Negara (PAN) Pokok Sena yang menolak kepimpinan Datuk Mahfuz Omar, tapi kawan baik Presiden PAN Mohamad Sabu itu kekal bertanding di kerusi tersebut.
 
Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Mohamad Sabu, pada majlis pengumuman calon parti itu di Kedah di Hutan Kampung Kedah Khamis malam.
 
PAN akan bertanding tiga kerusi Parlimen di Kedah iaitu Padang Terap, Pokok Sena dan Sik, selain 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
Mahfuz mula menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena pada 1999 sebelum kalah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Ibrahim pada 2004, namun memenangi semula kerusi itu pada PRU-12 dan PRU-13.
 
Naib Ketua Pemuda PAN Kedah, Mohd Khairizal Khazali, pula akan bertanding kerusi Parlimen Padang Terap, manakala ahli Jawatankuasa Pimpinan PAN Sik, Azli Che Uda di Parlimen Sik.
 
Bekas Exco kerajaan PAS sebelum ini, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, tidak mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kundor kerana akan bertanding kerusi Alor Mengkudu.
 
Pengerusi PAN Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh pula akan bertanding kerusi Pengkalan Kundor.
 
Lapan kerusi DUN lagi ialah Kota Siputeh yang akan ditandingi Naib Pengerusi PAN  Kedah, Dr Salmee Said); Kubang Rotan (Jawatankuasa Pimpinan Pemuda PAN Nasional, Mohd Asmirul Anuar Aris); Tokai (bekas Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar).
 
Sungai Limau (Zahran Abdullah), Belantek (Timbalan Ketua Amanah Kawasan Sik, Abdul Rashid Abdullah), Pantai Merdeka (Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN Kedah, Rosli Yusof); Kupang (Naib Pengerusi Tiga PAN Kedah, Johari Abdullah) dan Merbau Pulas (Ketua PAN Kawasan Padang Serai, Abd Razak Salleh).-13/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 534  tetamu dalam talian