31Oktober2014

Sekitar lawatan sehari TPM ke Perak Selasa

muh100
muh100
Datangnya membawa harapan,pulang pula dengan sebuah senyuman, demikian rumusan lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perak pada hari Selasa lalu.

Sepanjang berada di Sungai Siput dan Ipoh, wajah Timbalan Perdana Menteri dibayangi keceriaan.

Sebelum datang, Muhyiddin sudahpun mendapat maklumat mengenai situasi politik di Perak khusus membabitkan masyarakat India.

Ini gara-gara sebahagian besar pengundi India di Perak,macam juga di tempat-tempat lain memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke12.

Secara tradisinya masyarakat India di negara ini menunjukkan kesetiaan pada parti pemerintah dengan hampir 90 peratus dari mereka mengundi calon-calon BN.

Tetapi hal ini tidak berlaku dalam PRU ke12. Keputusan menunjukkan 90 peratus dari mereka mengalihkan sokongan. Ingat isu Hindraf, ia sebagai protes pengundi India pada BN.

Pengundi India di Sungai Siput dan Lembah Kinta juga memberikan undi kepada calon-calon parti pembangkang termasuklah Sungai Siput sinonim sebagai kubu MIC juga jatuh.

Bukan itu saja, calon BN di Sungai Siput yang tewas bukan calang-calang tokoh. Beliau ialah Datuk Seri Samy Velu, ketika itu masih Presiden MIC.

Pengalaman 4-0 kalah pada pembangkang bagi kawasan DUN yang ditandingi di Perak sangat pahit buat BN. Namun BN menunjukkan setiakawan apabila Datuk Ganesan, calon yang tewas dilantik speaker DUN Perak.

Beliau merupakan speaker pertama dilantik oleh BN di Perak dan lain-lain negeri yang diperintah BN sejak 1957.

Bagaimanapun bukannya Muhyiddin tak faham punca masyarakat India menyokong PR. Dengan mempermodal isu sensitif seperti isu Hindraf mereka berjaya menaikkan kemarahan pengundi-pengundi India.

Kemarahan masyarakat India kemudian diterjemah dengan mereka mengundi pembangkang. Akibatnya keputusan PRU ke12 menunjukkan DAP memperoleh 18 kerusi, PAS 6 dan PKR cuma 5.

Seperti kata pepatah setiap kali air bah pantai juga berubah. Timbalan Perdana Menteri yakin masyarakat India kini sudahpun “pulang” menyokong BN.

Macam juga cuaca yang terang pada hari itu, mood Timbalan Perdana Menteri juga dibayangi “feel good factor.” Ia tidak kedekut untuk melemparkan senyuman termasuklah ketika bersalaman dengan budak-budak.

Turut memeriahkan majlis ialah kehadiran kira-kira 40 kanak-kanak tadika dari kawasan berdekatan menyambut rombongan Timbalan Perdana Menteri dan isteri.

Ada sesuatu kelainan dapat ditangkap. Ketika bersarapan di pasar awam di Sungai Siput, Muhyiddin berinteraksi dengan orang ramai serta pemilik warung. Malahan makanan yang disajikanpun bukannya ditempah dari “caterer kelas A dari Ipoh.” Ia adalah juadah yang disaji pemilik warung.

Muhyiddin yang ditemani isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman disertai Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir dan isteri memilih warung Norazlin Abdullah, 29 tahun. Sejam mereka bersarapan dan berinteraksi dengan orang ramai.

Menu pagi itu ialah roti canai, ubi rebus dan sebagainya. Teh tarik ada menu wajib. Agak istimewa buat tetamu VVIP ialah “ubi rebus sungai siput” dihidang bersama-sama cicahnya, sambal ikan bilis, gula dan kelapa parut.

“Chef” yang bertanggungjawab menyajikan masakan kedengaran berkata beliau teruja dengan persinggahan rombongan Timbalan Perdana Menteri. Beliau menyifatkan peluang memasak untuk tetamu seperti VVIP itu sama seperti ketika baru melangsungkan perkahwinan.

Muhyiddin bukan saja menikmati juadah “rakyat”macam yang sering dilakukan Dr.Zambry ketika program turun padang tetapi pada masa sama ada membawa berita baik untuk para peniaga.

Mereka menerima kunci gerai baru yang terletak di tempat yang sama.
Bagi orang politik fokas tentulah mengenai calon kawasan ini. Wartawan yang mengikuti rombongan Muhyiddinpun teruja nakkan kepastian.Siapalah agaknya dicalonkan mewakili BN di Sungai Siput dalam PRU ke13?

Beberapa nama sebelum ini diramal mewakili MIC atas tiket BN. Mereka dalam senarai termasuk Presiden MIC Datuk G. Palanivel. Sungai Siput secara tradisi ditandingi presiden parti.

Ketika mengadakan sidang media, Muhyiddin tidak memberikan jawapan secara spesifik pada soalan berkenaan.

Kepada soalan sama ada bakal calon di situ ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K Devamany, yang sekarang ahli parlimen Cameron Highland, Muhyiddin tersenyum.

Untuk rekod nama Devamany begitu rancak diperbualkan masyarakat India di kawasan Sungai Siput. Kehadiran Devamany di majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Pusat Kegiatan Kemas mengiringi Muhyiddin dan Menteri Besar Perak seperti “sudah terang lagi bersuluh.”

Muhyiddin bagaimanapun enggan mengesahkannya tetapi berkata, terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

Katanya calon rasmi bakal mewakili BN di Sungai Siput diumumkan pada masa yang sesuai selepas diputuskan oleh Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri.

"Tetapi kadang-kadang orang dah boleh agak siapa, yang itu terserah kepada masyarakatlah.

"Prinsip dalam BN, kita menghormati apa keputusan yang dibuat oleh parti dan kita ambil kira semua faktor, ini bukan baru tetapi setiap kali pilihanraya,’’ katanya.

Muhyiddin juga menolak sebarang spekulasi bahawa beliau memberi bayangan ketika berucap dengan meminta Devamany berdiri dan memperkenalkan timbalan menteri itu kepada orang ramai.

Apa agaknya jawapan Devamany kepada media mengenai isu ini? Beliaupun macam Timbalan Perdana Menteri, enggan memberikan sebarang pengesahan sebaliknya berkata ” sebagai Naib Presiden MIC, beliau telah diminta untuk membantu Samy Vellu di Sungai Siput”. Untuk rekod, Samy, bekas Presiden MIC ialah Pengerusi BN Sungai Siput.

Muhyiddin juga ditanya mengenai sokongan masyarakat Indiapada BN sekarang berbanding padatahun 2008.

Beliau menyifatkan sokongan kaum Indiakepada BN semakin kuat ditunjukkan.

Katanya sokongan itu bukan saja ditunjukkan mereka di kawasan parlimen Sungai Siput malah sokongan mereka di semua kawasan parlimen di negara ini.

Muhyiddin yakin factor kecekapan atau effisyen kerajaan BN sebagai factor yang mendorong masyarakat Indiaberpatah semula memberikan sokongan kepada BN seperti yang mereka lakukan sebelum 2008.

Kerajaan katanya tidak pernah meminggirkan mereka. Perdana Menteri melalui program transformasi membawa masyarakat India ke dalam mainstream masyarakat.

Kepada media ketika mengadakan sidang media di Dataran Pusat Kegiatan Kemas selepas mengadakan walkaboutnya, Muhyiddin tidak menolak kemerosotan sokongan dari masyarakat India dalam PRU ke12 lalu kerana isu seperti isu Hindraf.

Pengundi Indiaterpengaruh dengan isu-isu yang dimainkan pembangkang termasuklah isu Hindraf.“Mereka marah dulu tapi keadaan sudah berubah.”
Beliau gembira keadaan kini sudah berubah,rakyat dari semua kaum termasuklah kaum India turut mendapat bantuan dari kerajaan.

Sebagai contoh katanya pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil memperoleh peruntukan besar. Ini termasuk soal guru yang dihadapi sekolah berkenaan diselesaikan.

Katanya masyarakat India juga mendapat bantuan berkaitan kuil. Selain dari itu mereka juga turut memperoleh pinjaman TEKUN untuk tujuan perniagaan.

Menjawab satu soalan Timbalan Perdana Menteri berpendapat pembangkang gabra melihat gelombang sokongan rakyat terhadap BN. Bagi mematahkan pengaruh BN, mereka katanya mencipta pelbagai tipu helah.

Pembangkang kecut melihat sokongan padu dari orang ramai terhadap kerajaan BN khusus kepada pimpinan BN di Perak.

Dengan demikian katanya pembangkang mendakwa Perak bakal mempunyai Menteri Besar baru selepas PRU ke13. Maknanya Dr.Zambry bakal digantikan dengan calon lain. Itu dakwa mereka, katanya.

Menurut Muhyiddin “ pembangkang..nak menunjukkan tidak ada muafakat dalam BN dan para pemimpin BN bertelagah sesama sendiri.”Bagaimanapun katanya tuduhan itu nyata tidak benar. Ia satu pembohongan.

Beliau menjelaskan “saya datang ke Perak tiap-tiap bulan, turun ke bawah dan saya dapat melihat keadaan yang sebenar.”

Muhyiddin juga menerangkan Dr Zambry berjaya menggalas tanggungjawabnya dengan baik sebagai Menteri Besar Perak.

“Pergolakan dan bergaduh dalam sidang dewan pada 2009 sudah jadi sejarah dan yang nyata Perak stabil.

“Hasil usaha dan kerjasama BN negeri dan Pusat, kita dapat meneruskan proses pembangunan yang nyata di hadapan dan bukan dibuat-buat” sambil menambah situasi di Perak sekarang jauh lebih baik dari dulu.
Semasa melawat dan berucap di majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Flat Kampung Kepayang, Ipoh, Timbalan Perdana Menteri berkata 111 inisiatif diwujudkan bagi meringankan beban rakyat.

Katanya ini termasuklah Bantuan Persekolahan RM100 melibatkan peruntukan berjumlah RM540 juta. Sekarang kerajaan sedang mengagihkan BRIM 2.0 pula.

Beliau keciwa ada yang menganggap bantuan RM500 tidak banyak tapi katanya “sumbangan ini meringankan beban penerima membeli barang keperluan harian.”

Sewaktu berucap di majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Padang Kelab India Buntong, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan kos sara hidup di Malaysiatidak membebankan berbanding negara-negara jiran.

Katanya Singapura sebagai contoh,rakyatnya terpaksa berbelanja lebih untuk barangan keperluan harian seperti beras dan minyak.

Sebelum meninggalkan majlis penduduk di Buntong dan Kepayang teruja apabila , Timbalan Perdana Menteri meluluskan hampir RM1 juta untuk tujuan pembangunan.

Kelab Kacang Putih Buntong diperuntukan RM200,000, RM50,000 membiayai projek mengecat semula Rumah Pangsa Taman Permata(di Buntong)..

Bagi membaikpulih surau al HijriahRumah PangsaJalan Hospital,Ipoh, Muhyiddin meluluskan RM50,000. Beliau juga menyumbangkan RM483,000 ke tabung Persatuan Penduduk RumahPangsa JalanHospital dan Seri Kepayang.- OLEH YUSOF HARUN -20/2/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 757  tetamu dalam talian