25September2017

Premium balai bomba... Azmin macam broker tanah

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak menggunakan budi bicara dalam isu premium tanah untuk pembinaan balai bomba dengan mengenakan bayaran nominal RM1 sebagaimana dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila melibatkan projek berkepen­tingan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, bayaran nominal RM1 itu perlu dibuat demi kebajikan rakyat terutama bagi projek balai bomba di Setia Alam, Bukit Raja, Aman Perdana dan Bukit Rahman Putra.

Beliau yang juga Koordinator Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras turut melahirkan kekesalan dengan tindakan Mohamed Azmin yang sering berdolak-dalik dan lebih mementingkan politik berbanding mengutamakan kebajikan rakyat.

“Jumlah rumah, bangunan dan penduduk yang sangat pesat di kawasan ini sebenarnya menuntut kerajaan ne­geri memberikan penyelesai­an segera kepada masalah-masalah seperti kemudahan sekolah, balai bomba, balai polis, hospital dan sebagainya.

“Contohnya, apa­bila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar meluluskan peruntukan RM3 juta untuk membina Balai Bomba dan Penyelamat Setia Alam, Moha­med Azmin sepatutnya menyambut baik, bukan sebaliknya dengan mengenakan cukai sehingga RM4.9 juta dalam bentuk premium tanah,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Azmin sehingga kini berkeras enggan mengurangkan caj premium tanah bagi pembinaan balai bomba itu dengan memberi alasan tindakan tersebut ko­nonnya selari de­ngan pekeliling kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Zein Isma yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang menyifatkan sikap Mohamed Azmin saling tidak ubah seperti ‘broker’ tanah yang hanya mahu mengaut keun­tungan atas angin dengan membiarkan rakyat menjadi mangsa.

“Setiap projek yang dibuat demi rakyat memerlukan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Mohamed Azmin perlu berjiwa besar dalam membantu rakyat, bukannya bertindak sebagai broker tanah,” katanya.-14/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 862  tetamu dalam talian