14Ogos2018

PPBM rampas tropi kemenangan PKR dan DAP...?

Gabungan PKR, DAP dan PPBM atau Pakatan Harapan (PH) menang pilihanraya umum ke 14 baru-baru ini di Semenanjung Malaysia dan membentuk kerajaan persekutuan menggantikan BN.

BN yang merupakan gabungan 13 parti hanya menang 79 kerusi Parlimen dan 129 DUN, menjadi pembangkang di Pusat dan kerajaan di Perlis, Pahang serta Sarawak.

Tun Mahathir Mohamad berjaya menjadi Perdana Menteri sekali lagi walaupun PPBM hanya menang 12 daripada 122 kerusi Parlimen Pakatan Harapan.

Ini kerana memang dari awal Mahathir dijadikan susuk Perdana Menteri jika PH menang walaupun PKR mempunyai 49 kerusi Parlimen tapi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Selain itu, yang peliknya PPBM hanya menang satu kerusi daripada 29 kerusi PH Perak tapi ketuanya Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

BN menang 26 kerusi di Perak, PAS tiga manakala DAP 18, Amanah 6 kerusi dan PPBM 1.

Faizal mendapat sokongan dua ADUN BN untuk menjadi MB di negeri tersebut.

Di Johor juga menarik, selepas seorang lagi pemimpin PPBM negeri, Datuk Osman Sapian mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar negeri itu walaupun DAP dan Amanah menang lebih banyak kerusi.

PPBM Johor bahkan menerima kemasukan tiga ADUN BN yang melompat parti untuk menyokong Osman.

Begitu juga di Kedah yang mana jelas Pengerusi PH Negeri dari PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

Walaupun PKR menang besar dalam PRU14, namun sebenarnya parti itu hanya mendapat Menteri Besar baru di Negeri Sembilan dan kekal di Selangor manakala pemimpin Amanah Adly Zahari dimanakan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru walaupun majoriti kerusi dimenangi DAP.

Untung PPBM usia parti baru setahun dah dapat tropi utama, sebagai PM dan Menteri Dalam Negeri selain mengetuai dua kerajaan negeri iaitu Johor dan Kedah.

Hebat Hebat.... -14/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 482  tetamu dalam talian