16Disember2017

PPBM buat salah besar...Wan Azizah kata ' tidak ada masalah'

Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail nampaknya seolah cuba hendak gambarkan kepada umum bahawa masalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang tidak patuh perlembagaan parti sendiri adalah 'soal kecil'.
 
Sekalipun ramai yang melihatnya sesuatu yang amat memalukan beliau kata Pakatan Harapan bersedia dengan kemungkinan pendaftaran PPBM dibatalkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
 
Seperti nak coverline kesalahan serius PPBM guna nama ' Armada' dan belum buat mesyuarat agung tahunan,Wan Azizah kata  perkara itu bukan perkara baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.
 
"Tidak ada masalah...Jika RoS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) buat tindakan mengejut, Pakatan Harapan akan bersama-sama dalam menanganinya. Sebelum ini pun, mereka (RoS) buat masalah dengan DAP.
 
"...kami sentiasa bermesyuarat dan bersama-sama dalam apa juga keadaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Kuantan Sabtu.
 
Turut hadir Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung dan ADUN Teruntum Sim Chon Siang.
 
PPBM berhadapan kemungkinan pendaftarannya dibatalkan RoS kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti iaitu tidak mengadakan mesyuarat tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.
 
Ditanya jika beliau akan mengarahkan kepimpinan PPBM supaya segera menyelesaikan konflik dalaman mereka, Wan Azizah berkata beliau yakin dengan kepimpinan parti itu dalam membuat keputusan yang terbaik.
 
Pada PRU13, DAP berdepan kemungkinan logo 'Roket' tidak boleh digunakan dalam pilihan raya selepas pendaftaran parti itu mungkin terbatal ekoran kemelut berhubung pemegang jawatan yang dibentuk semasa pemilihan parti pada 15 Dis 2012.
 
Semasa itu, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP memaklumkan parti itu bercadang menggunakan logo PAS di Semenanjung dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak, jika isu itu tidak diselesaikan sebelum pilihan raya tersebut.
 
Bagaimanapun, pada 18 April 2013, RoS mengesahkan bahawa DAP masih boleh menggunakan logo mereka memandangkan pendaftaran parti itu tidak terbatal kerana siasatan masih dijalankan berhubung kemelut dalaman parti itu.- 18/11/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1100  tetamu dalam talian