18Ogos2018

Petisyen PRU14: Permohonan calon PKR tidak ikut peraturan...

Mahkamah Tinggi Seremban menetapkan 29 Ogos ini sebagai tarikh mendengar keputusan berhubung pembatalan petisyen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap calon PKR, Dr S Streram.

Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Azimah Omar membuat ketetapan selepas responden kedua dan ketiga iaitu Pegawai Pilihan Raya DUN Rantau, Amino Agos Suyub dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat bantahan terhadap pembatalan petisyen dalam prosiding yang berlangsung.

Sehubungan itu, responden kedua dan ketiga akan dibicarakan pada 12, 13, 14, 27 dan 28 September serta 1 dan 2 Oktober depan.

Jika permohonan Mohamad selaku responden pertama diluluskan mahkamah, beliau tidak dibicarakan namun jika gagal bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu perlu hadir perbicaraan selama tujuh hari bersama Amino Agos serta SPR.

Dalam prosiding hari pertama, Mohamad diwakili lima peguam iaitu Datuk Hafalizam Harun, Syed Faisal Syed Abdullah, Abu Bakar Isa Rahmat, Yazid Mustaqim dan Iqhmal Syafiq Azim manakala Dr Streram diwakili Muhammad Hanif Kathri Abdullah, Muhammad Rafique Rashid Ali, GP Sreekant dan S Sathia.

Ketika berhujah, Syed Faisal meminta mahkamah meluluskan permohonan Mohamad berikutan petisyen dikemukakan Dr Streram tidak mengikut peraturan.-9/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 479  tetamu dalam talian