18Julai2018

Perkasa sekolah tahfiz... bukannya tutup - Asyraf Wajdi

Pemuda UMNO kesal dengan gesaan untuk Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menutup sekolah-sekolah tahfiz yang kononnya tidak memberi harapan kepada masa depan generasi baru Islam.

Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kenyataan demikian tidak berasas dan hanya menzahirkan kedangkalan terhadap usaha memartabatkan agenda tahfiz yang sudah dimulakan oleh Kerajaan BN sebelum ini.

Tegas beliau di bawah Kerajaan BN, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) telah digubal dengan bermatlamatkan untuk melahirkan 125,000 Huffaz Profesional dalam tempoh 30 tahun akan datang. Mereka ini bukan sahaja berupaya menghafal 30 Juzuk Al-Quran, malah mampu menguasai pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran teknikal.

Untuk itu jelasnya lagi, kerajaan lalu juga sudah memulakan program perintis di 31 buah Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Berasrama Penuh, dan 4 buah MRSM di bawah Kurikulum Baru Tahfiz Ulul Albab.

”Semua usaha ini digerakkan atas kesedaran dan semangat untuk membangunkan generasi baru Islam yang seimbang dengan ilmu duniawi dan ukhrawi dan mampu menerajui kecemerlangan negara masa depan tanpa sedikitpun berorientasikan politik.

“Justeru, Pemuda UMNO menggesa agar Kerajaan PH dapat meneruskan DPTN ini. Kalau pu n ada kelemahan dalam DPTN ini, kerajaan berhak memperkasakannya dan bukannya menghapuskan”, katanya dalam satu kenyataan.

Tegas beliau harus diingatkan juga, apa jua keputusan kelak yang menyentuh sekolah-sekolah Tahfiz mesti dirujuk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri kerana hal ehwal Agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja dan bukannya Menteri Agama.-9/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 366  tetamu dalam talian