22September2018

Pembangkang Johor sokong runding semula harga air Singapura

Pembangkang Johor memberikan sokongan kepada kerajaan negeri untuk terus mendesak kerajaan Pusat supaya merundingkan semula harga 3 sen setiap 1,000 gelen air yang dijual kepada Singapura.

Ketua Pembangkang Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, perkara itu boleh dilakukan kerana dalam perjanjian, semakan semula kadar harga tersebut dibenarkan.

Menurut ADUN Benut itu, pihak Peguam Negara (AG) turut mengesahkan bahawa Malaysia mempunyai hak untuk kemukakan kadar baharu.

Katanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri semasa rundingan mengenai harga air sebelum ini dibincangkan telah menyebabkannya dibatalkan apabila Singapura mengenakan pelbagai syarat membabitkan kuota eksport pasir, tanah KTM di Tanjung Pagar dan penggunaan ruang udara.

“Sekarang ini perkara yang pernah menjadi syarat itu tidak lagi sepatutnya timbul kerana ia sama ada sudah tidak lagi menjadi jadi isu atau pun telah diselesaikan.

“Justeru, saya percaya Tun Dr. Mahathir mempunyai ‘political will’ untuk melaksanakan tuntutan itu walaupun Singapura akan mengaitkannya dengan isu Pulau Batu Puteh dan berkemungkinan menaikkan juga harga air terawat yang mereka bekalkan kepada Johor,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian pada 5 Julai lalu mengumumkan, kerajaan negeri akan menaikkan harga jualan air mentahnya kepada Singapura pada nilai berpatutan dan sesuai dengan keadaan semasa.

Katanya, harga baharu itu berkemungkinan sama dengan kadar jualan air mentah yang ditetapkan untuk kerajaan Melaka iaitu RM0.50 sen bagi setiap 1,000 gelen atau kurang daripada nilai itu, namun tidak kekal seperi harga sekarang.-10/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 523  tetamu dalam talian