31Ogos2014

Pasca PRU13: Anwar provokatif, berbahaya dan tak bertanggungjawab...

anwar-globalreseach
Sebelum PRU13 lagi, pembangkang cuba menyemat ke dalam fikiran rakyat Malaysia kononnya akan berlaku penipuan, sebagai justifikasi andai mereka kalah dengan harapan rakyat percaya, ‘kerusi’ yang sepatutnya menjadi milik mereka dirompak oleh pihak lain.

Menurut Global Research dalam laman web www.globalresearch.ca, langkah itu dianggap penganalisis di seluruh rantau ini sebagai satu provokatif, berbahaya dan sangat tidak bertanggungjawab.

“Sebelum undi dikira, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengisytiharkan menang dalam pilihan raya.

“Tidak ada apa-apa bukti mengatakan Anwar menang kerana undi belum dikira.

“Ia sebenarnya bertujuan untuk memanipulasi orang ramai dan menyediakan pentas buat beliau untuk merusuh serta melakukan huru-hara mengikut revolusi Barat.

“Seseorang mesti serius bertanya dalam kalangan mereka memandangkan penyokong asing Anwar menyatakan amat berminat dengan Asia.
“Beliau sangat tidak bertanggungjawab dan membuat dakwaan tidak berasas sebelum, ketika serta selepas pilihan raya.

“Sebenarnya, apa yang bersih dan adil,” kata Global Research.

Kata laman web itu lagi, Anwar ialah seorang penipu dan proksi terang-terangan kepada pihak asing yang berkepentingan.

“Badan bukan kerajaannya (NGO) termasuk gerakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) secara terbuka dibiayai oleh korporat asing, sama bahaya seperti Merdeka Center yang menggambarkan dirinya bebas walaupun dibiayai secara langsung oleh kerajaan asing,” katanya.-13/5/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 351  tetamu dan tiada rakan dalam talian