22Oktober2017

PAS kawasan lulus usul bercerai dengan PKR... Azmin panas punggung

PAS Bayan Baru meneruskan gendang PAS Tumpat dan Permatang Pauh selepas meluluskan usul 'bercerai' dengan PKR malam Ahad.

Bersahut-sahut PAS kawasan-kawasan mahu 'bercerai', orang kata lepas satu-satu... kalau macam ni berterusan, bogellah Datuk Seri Azmin Ali... ramai yang lupa, MB Selangor itu jadi MB sebab sokongan padu daripada ADUN-ADUN PAS.

Kalau semua dok hantar surat cerai... silap-silap Azmin jatuh talak sebelum PRU14. Lagipun Kedudukan politik beliau tidak kuat di Selangor. Selain sokongan PAS, Azmin tak dapatpun sokongan penuh dari PKR dan DAP.

Sekarang ini kuasa tawar menawar Azmin makin lemah... silap-silap boleh kena usul undi tidak percaya.

Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Iszuree Ibrahim berkata antara sebab kerjasama politik dengan PKR perlu dibatalkan ialah kerana ia “tidak sedikit pun menghormati” PAS ketika menganggotai Pakatan Rakyat, di samping “secara terang-terangan mencampuri urusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang”.

“PKR tidak mampu menjadi rakan yang baik, tidak memberi nilai hatta merosakan usaha memartabatkan Islam dan tidak menghormati persahabatan, kerjasama serta bantuan jentera PAS selama ini dalam pilihan raya lalu sejak tahun 1999 sehingga 2013 yang telah diberi oleh PAS kepada PKR,” katanya.

PAS bakal mengadakan muktamar tahunannya pada Jun ini, dilihat penting dalam usaha parti itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 tanpa kerjasama Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat yang pernah menggabungkan PAS, DAP dan PKR itu dimansuhkan pada 2015, selepas PAS menyerang DAP yang membantah pendiriannya mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

PAS juga enggan menyertai Pakatan Harapan yang turut dianggotai parti serpihannya Amanah, dan belum membuat keputusan jelas sama ada mahu bekerjsama dengan PKR atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Iszuree yang sebelum ini tidak diperbaharui jawatannya sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) oleh kerajaan negeri, turut menyatakan kekesalan atas sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak membelanya.

“Tindakan DAP memecat pimpinan PAS dan ahli PAS di Pulau Pinang seperti pemecatan ahli Majlis MPPP pada tahun 2014 tanpa merujuk kepada PAS ketika itu tanpa sebab yang munasabah dan tidak memberi pembelaan sewajarnya oleh PKR… Anwar Ibrahim ketika itu ada mengeluarkan kenyataan tidak akan memberi pembelaan kepada pemecatan berkenaan,” kata Iszuree merujuk dirinya.

Beliau turut menyentuh sokongan PKR kepada PAN dan DAP di beberapa pilihan raya termasuk di Sarawak, di samping menuduh exco hal ehwal agama dari PKR, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, mengikut telunjuk DAP dalam soal pentadbiran agama.

“Tindakan tidak bertanggungjawab exco agama dari PKR ini telah menunjukkan kepentingan politik DAP lebih diutamakan mendahului kepentingan Islam,” tambahnya.

Usul PAS Bayan Baru itu selang beberapa jam keputusan PAS Permatang Pauh untuk mencabar PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Kerusi Permatang Pauh kini disandang isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Yang dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan turut membuat dakwaan sama membabitkan Malik, dan menuduh PKR gagal mempertahankan Islam di negeri itu.

“Terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan/ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui exco agama,” katanya.-20/3/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 999  tetamu dalam talian