Aha05192013

Kemaskini terakhir04:26:14 PM GMT

Back Berita Utama Politik PAS bukan lagi parti perjuangkan Islam - Idris Jusoh

PAS bukan lagi parti perjuangkan Islam - Idris Jusoh

  • PDF

idrisjusoh2xxAhli PAS yang bermaruah dan mempunyai prinsip supaya meninggal parti itu segera, mendakwa PAS sudah tidak lagi relevan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam kata Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pemimpin PAS kini sudah terlalu banyak menyeleweng daripada prinsip asal perjuangan parti terutamanya sejak bersama dalam pakatan pembangkang yang termasuk DAP dan PKR.

"Bukan sahaja telah melakukan banyak "kerosakan" kepada agama sejak dahulu tetapi kini "penyakit" yang dialami oleh PAS semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga kepentingan politik," katanya.

Bernama melaporkan Idris yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata demikian ketika berucap kepada penerima Dana Pemutihan Kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Gong Kemuntong di Besut, Jumaat.

Katanya amanat dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menuduh orang Umno murtad.

Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin PAS itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak diperbetulkan.

Idris juga menasihatkan anggota PAS supaya tidak mengikut telunjuk pemimpin mereka secara membabi buta kerana ia boleh merugikan umat dan agama Islam untuk jangka masa panjang.

Pada majlis itu, seramai 270 penerima terdiri daripada orang kelainan upaya,golongan miskin, ibu tunggal dan remaja menerima RM300 tiap seorang.-28/12/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.