10Disember2018

Najib sindir Kit Siang yang akhirnya 'bersihkan' namanya...

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang kerana mampu membersihkan nama beliau daripada terpalit dengan dakwaan berkaitan kes kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Najib berkata, nampaknya Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak dapat membersihkan namanya tetapi pemimpin DAP itu mampu berbuat demikian.

"Najib tidak bunuh Beng Hock," kata Kit Siang hari ini melalui akaun twitter miliknya.

"Bukan main lama. Hanya 10 tahun sahaja, jentera dan propaganda DAP meletakkan nama dan gambar saya bersama dengan mendiang Beng Hock dan menuduh saya sebagai pembunuhnya. Mengapa Kit Siang dari dulu tidak berkata demikian?," kata Najib menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Kit Siang menerusi Twitter hari ini menyebut, Najib tidak membunuh Beng Hock, namun kerajaan Najib perlu bertanggungjawab ke atas kematian lelaki tersebut.-10/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 331  tetamu dalam talian