19Jun2018

Najib pemutus senarai akhir calon BN - MB Perak

Isu calon yang bakal bertanding atas tiket Barisan Nasional di Perak mewakili sesuatu kawasan hanya akan menjadi satu kenyataan sebaik senarai akhir calon disah dan dipersetujui Datuk Seri Najib Razak.

Justeru kata Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir, yang juga Pengerusi BN negeri tidak timbul soal siapa atau parti mana bertanding di sesuatu kawasan.

“Mereka boleh claim (mendakwa menjadi calon) tetapi keputusan muktamad bergantung kepada pucuk pimpinan.,”katanya kepada media pada Rabu.

Dr.Zambry diminta mengulas isu calon atau parti komponen BN yang mendakwa dipersetujui bertanding di sesuatu kawasan di Perak melalui kenyataan dibuat oleh individu-individu tertentu.

Mereka mendakwa telah direstui pucuk pimpinan parti sebagai calon BN.

Dr.Zambry tidak menafikan turut  mendengar “mereka ini” konon mendapat restu daripada Menteri Besar dan Perdana Menteri sebagai calon BN bagi sesuatu kawasan.

Ketika mengulas lanjut beliau yang juga Pengerusi UMNO negeri Perak berkata “siapapun boleh membuat dakwaan seumpama itu namun akhirnya segala keputusannya akan ditentukan oleh Perdana Menteri.”

``Semua orang boleh claim …dia boleh bertanding …semua orang ada hasrat nak bertanding dan semua orangpun boleh claim tapi keputusan yang akan dibuat nanti oleh pucuk pimpinan.

``Yang paling penting sekarang ini di kawasan manapun termasuk di Buntong baik…kita lihat kesemuanya bekerja untuk BN tapi apabila kita buat keputusan nanti iaitu keputusan tentang wakil rakyat yang akan dicalonkan itu maka tak kira siapa sama ada parti A, parti B yang berada dalam BN . . .  sama ada Myppp ke… MIC ke kesemuanya perlu akur dengan (keputusan) pucuk pimpinan (BN),’’ katanya.

Sementara itu BN Perak turut memberi perhatian kepada kawasan-kawasan yang menang tipis dan tewas untuk terus memantapkan jentera parti sekaligus memenangkan calon-calon BN.

Dr Zambry  menegaskan ini merupakan satu proses yang amat perlu diberi perhatian termasuk juga di kawasan yang BN tewas.

``Itu merupakan satu proses… kita perlu beri perhatian kerana kawasan-kawasan kita menang tipis ataupun yang kita telah menang dan termasuk juga kawasan yang kita tewas bukan hanya menang tipis tapi kita tewas  tipis pun ada seperti kawasan DUN Selinsing dan Kuala Sepetang perlu kita bagi perhatian,’’ katanya.

Kepada soalan lain,beliau berkata gabungan kerjasama MCA- Gerakan ianya merupakan kerjasama  yang bijaksana dalam menghadapi suasana politik pada hari ini.

``Ini memandangkan kedua-kedua parti ini secara majoritinya MCA adalah  parti yang mewakili masyarakat Cina manakala Gerakan adalah parti yang majoritinya meskipun ia merupakan parti  berbilang kaum tetapi dari segi jumlah besarnya adalah mewakili  masyarakat Cina,’’ katanya.

Namun menurut Dr Zambry dengan adanya kerjasama yang begini ia tentunya akan membantu memantapkan jentera  dalam menghadapi pilihan raya  akan datang.

``Dan apabila  berlakunyua kerjasama  dan persefahaman yang begitu diperingkat kepimpinan termasuk juga diperingkat akar umbi maka jentera-jentera parti sewaktu musim pilihanraya akan menjadi lebih mudah.

``Tidak berlaku lagi dari segi salah faham  dari segi tidak memberi dokongan kepada calon-calon BN yang diwakili oleh parti salah satu daripada parti ini disetiap kawasan.

``Dalam erti kata yang lain saya yakin dengan persefahaman antara MCA dan  Gerakan ini merupakan satu langkah ke hadapan yang menarik yang bijaksana dilakukan oleh parti ini kerana kedua-duanya mereka berada didalam BN jadi tentunya apabila mereka dapat duduk bersama dengan komponen yang lain dalam satu kerangka kerjasamaa  yang baik maka kita akan mendapat hasil yang baik dalam pilihanraya.

``Kalau kerjasama yang baik tentunya kita tidak menafikan keberhasilan yang baik .,’’ katanya.-12/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 776  tetamu dalam talian