15November2018

Musa Aman merayu... katanya demi Perlembagaan Sabah

Tak selesai lagi nampaknya drama politik di Sabah selepas enam bulan pilihanraya umum berlalu... terlalu banyak hu haberkaitan perlantikan ketua menteri dan kerajaan yang memerintah.

Pada Rabu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak pemohonan saman Tan Sri Musa Aman terhadap Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagaimanapun Musa  akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan  tersebut yang menolak permohonannya  mencabar status pelantikan Shafie melalui angkat sumpah kedua.

Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Yew Jen Kie  susulan saman pemula difailkan Musa untuk mencabar pelantikan Shafie pada 10 Mei lalu, sebagai tidak berperlembagaan.

kata Musa ini mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat Ketua Menteri

Kenyataan Penuh Tan Sri Musa Aman

Saya mengucapkan terima kasih kepada mahkamah, keluarga, pasukan peguam dan semua penyokong setia yang sentiasa menjunjung dan menghormati Perlembagaan Negeri Sabah.

Sudah tentu kita berasa kecewa dengan keputusan pada hari ini. Walau bagaimanapun, suka saya menekankan bahawa isu ini bukan soal sama ada saya menjadi Ketua Menteri atau tidak.

Ini soal yang sangat penting iaitu mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat KM. Saya berpendapat bahawa isu ini belum selesai sepenuhnya pada hari ini. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini.

Tan Sri Musa Haji Aman
Kota Kinabalu, November 7, 2018.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 453  tetamu dalam talian