15Disember2017

Mukhriz digesa jelaskan sebab penyusutan rizab dan hasil negeri Kedah

 
Kelab Belia Darul aman memandang serius fakta yang dikemukakan oleh YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung penyusutan rizab kewangan kerajaan Negeri Kedah yang merosot sehingga angka 80% di bawah pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah (Mei 2013 hingga 3 Febuari 2016).
 
Dari sejumlah RM208.94 juta rizab kerajaan negeri di tahun 2013, amat menghairankan ianya susut sehingga menjadi RM48 juta pada 2015.
 
Demikian juga penurunan kutipan hasil negeri dari RM518.43 juta pada tahun 2013 merosot  kepada RM411.05 Juta pada 2015.
 
Dalam masa yang sama timbul persoalan bagaimana di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Ahmad Bashah kutipan hasil bagi Febuari hingga Disember 2016 sejak beliau mengambil alih tugas selaku Menteri Besar, hasil kerajaan negeri mampu mencecah sehingga RM740juta.
 
Selain prestasi kutipan hasil bagi 2017 sehingga kini sudah melonjak ke tahap 76% dan sasaran capaian hasil ke tahap 90% bagi tahun kewangan 2017 dijangka mampu dicapai.
 
Dalam masa yang sama Kelab Belia Darul aman juga ingin mengemukakan persoalan kenapa dalam setiap kali Bajet Negeri yang dibentangkan olehnya Bajet 2014, 2015 dan 2016 jelas ketara defisitnya dan kenapa di era Datuk Seri Ahmad Bashah selaku Menteri Besar bagi pembentangan Bajet 2017, defisit berjaya diturunkan sehingga 4.6%. Dalam masa yang sama kenapa di bawah Datuk Seri Ahmad Bashah prestasi perolehan kewangan negeri dari segi hasil mampu melonjak sehingga 23%?.
 
Timbul pelbagai persoalan disini. Apakah di era Datuk Seri Mukhriz banyak hasil negeri hilang dan tidak dimasukkan ke dalam perbendaharaan negeri?. Apakah ada berlaku urusniaga di bawah meja?. Kenapa rizab dan hasil negeri susut? Kemana ianya dibelanjakan dan apa hasilnya? Jawapan penuh integriti, telus amat dituntut dari beliau.
 
Datuk Seri Mukhriz perlu tampil untuk memperjelas segala kekeliruan dan dakwaan ini.
 
Syed Mohd Johan Rizal b. Syed Unan Mashri
Pengerusi Kelab Belia Darul Aman.
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 708  tetamu dalam talian