18Julai2018

Mengintai nasib mereka yang tinggakan 'jemaah'...

Orang tua-tua dulu pesan... jangan 'putus jemaah', tengoklah apa jadi dengan ADUN Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim yang umum keluar UMNO tapi tidak diterima mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.

Manakala tiga lagi MP UMNO yang keluar parti, iaitu MP Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, MP Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan MP Masjid Tanah Datuk Mas Ermiyati Samsudin juga tidak ada perkembangan.

Mereka kini menjadi MP bebas, sambil menunggu peluang untuk masuk parti yang sudi terima mereka.

Di atas kertas nampak macam PPBM yang ada 13 MP akan terima bekas pemimpin UMNO ini, namun PPBM juga perlu kelulusan daripada Majlis Presiden PH sebelum buat keputusan terima mereka ini.

Satu yang pasti, samada mereka diterima masuk atau tidak dalam parti-parti PH, untuk PRU15, mereka akan 'dibersarakan'.

Hanya berguna selagi ada 'title' sebagai MP sahaja.

Bagi ADUN macam Ismail Kassim mungkin boleh cuba mengadu nasib pada PAS selepas biro politik PKR telah menolak penyertaan Ismail yang telah mengemukakan borang keahlian bagi menyertai PKR Kedah di Pokok Sena baru-baru ini.

Pengerusi PKR Perlis Mohammad Faisol Abd. Rahman berkata, pihaknya menolak penyertaan Ismail kerana tiada keperluan untuk melompat parti.

“Kita telah sepakat di dalam Pakatan Harapan untuk tidak menerima mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen daripada UMNO dan BN untuk menyertai mana-mana parti di dalam pakatan tersebut.

“Kita tidak mahu ada unsur tidak baik dengan menerima kemasukan (Ismail). Adakah disebabkan sudah tidak ada kepentingan di dalam BN, dia mengambil keputusan melompat parti.

“Jika hendak menyertai Pakatan Harapan sepatutnya dilakukan sebelum pilihan raya bukannya sekarang ketika BN sudah kalah,” katanya.

Ismail yang juga adik Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata, keputusan menyertai PKR itu dibuat selepas tertarik dengan cara parti berkenaan diurus tadbir.

Tambah Mohammad Faisol, terdapat juga kepemimpinan parti lain mengemukakan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan sebelum ini.

“Bagaimanpun kita menolak hasrat itu. Buat apa bertindak lompat parti sedangkan mereka masih boleh berkhidmat di dalam UMNO dan BN,” katanya.-11/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 366  tetamu dalam talian