26Jun2017

Mat Sabu kena 'jerkah' dengan pemimpin PAN dalam mesyuarat PH

Suasan tegang dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH) antara pemimpin kanan empat parti PKR, DAP, PAN dan PPBM, berkenaan organisasi gabungan yang bakal didaftarkan itu, lapor portal pembangkang FMT.

Difahamkan dalam mesyuarat PH yang dihadiri Tun Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu, seorang pemimpin kanan PAN bangun mempersoalkan presiden partinya, Mohamad Sabu kerana bertindak tanpa persetujuan parti dalam menyokong pengagihan jawatan tinggi dalam gabungan empat parti itu.

Tindakan pemimpin PAN itu meninggikan suara dan “menyangkal depan-depan” untuk mengkritik Mohamad memaksa beberapa rakan dari partinya menenangkan keadaan.

Ia berlaku selepas PAN bersetuju dengan DAP yang enggan memberikan sebarang peranan kepada Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di peringkat tertinggi PH.

DAP dan PAN mahu Dr Mahathir dilantik mengetuai gabungan itu.

“Muhyiddin mereka tidak mahu,” kata sumber itu, yang menambah tindakan pemimpin PAN itu melenting “merosakkan mood mesyuarat itu”.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau tidak bersetuju sekiranya PPBM memonopoli kepimpinan PH, gabungan yang kini dalam perancangan menyertai pilihan raya umum akan datang atas satu nama dan logo.

Sebaliknya, Lim mengalu-alukan Dr Mahathir diberikan peranan penting dalam PH.

“Kalau beliau (Mahathir) sedia, maka dia patut diberi peranan penting… Lagipun, beliau bekas perdana menteri,” kata Lim.

Ia juga selari dengan kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang, yang berkata Anwar mustahil menjadi perdana menteri ke-7.

Sebelum ini, Mahathir berkali-kali menolak cadangan beliau kembali ke jawatan perdana menteri yang disandangnya selama 22 tahun, sekiranya PH berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menolak kemungkinan itu sekiranya “dipaksa” memikul tanggungjawab itu.

Pilihan Mahathir mengetuai PH dan cadangan meletakkan Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masing-masing sebagai penasihat dan presiden dikatakan tidak disenangi beberapa pihak dalam PKR.

Mereka melihat jawatan yang ditawarkan kepada 2 pemimpin PKR itu lebih rendah daripada Mahathir.

Sumber berkata terdapat usaha memulaukan pihak yang enggan berkompromi dengan cadangan membawa Mahathir ke pucuk pimpinan PH, “terutamanya puak-puak otai,” katanya merujuk panggilan bekas penyokong gerakan reformasi yang tercetus selepas penyingkiran Anwar daripada kerajaan pada 1998.

“Bagi mereka, PKR sekarang ialah penghalang utama kepada kesatuan PH,” kata sumber itu lagi.-15/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 758  tetamu dalam talian