14Disember2018

Lawan: UMNO tak merayu keputusan mahkamah DUN Rantau

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan keyakinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Ahmad Zahid berkata, BN dan UMNO tidak gentar untuk bertanding di Rantau dan akan membuktikan bahawa parti keramat Melayu itu masih menjadi pilihan rakyat.

“Rantau ditakdirkan akan mengadakan PRK selepas mahkamah buat keputusan membatalkan kemenangan Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan).

“Ikut perundangan, Tok Mat boleh buat rayuan, tetapi saya minta beliau tidak buat rayuan. UMNO berani bertanding dan ini adalah kawasan kubu kuat UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena perjumpaan khas Presiden dan kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia bersama kepimpinan UMNO Bahagian Selangor pada Ahad.

Turut hadir Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahmad Zahid dalam pada itu turut mengumumkan secara rasmi bahawa Mohamad Hasan adalah calon Barisan Nasional (BN) dan UMNO di PRK Rantau.

Sementara itu, Mohamad menyuarakan rasa terima kasih kepada PAS atas kesudian parti itu memberi lalauan kepada BN dan UMNO untuk bertanding di Rantau.

Katanya, PAS juga telah menyuarakan kesediaan untuk menurunkan jentera mereka membantu UMNO di PRK Rantau nanti.

“Saya amat suka cita dan terima kasih kepada PAS terutamanya Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan,” ujarnya.-19/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 321  tetamu dalam talian