18Julai2018

Lari malam Kak Wan... Anak Taib Azamudden calon PAS Permatang Pauh

Ingat lagi bekas Imam Masjid Negara Allahyarham Datuk Taib Azamudden yang juga pernah sepanggal menjadi Ahli Parlimen PAS Baling...

Malam tadi, PAS Pulau Pinang menamakan anaknya Afnan Hamimi seorang pendakwah muda sebagai calon PAS di kubu kuat PKR Permatang Pauh.

Silap-silap boleh lari malam penyandang kerusi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kalau macam ini.

Selalunya Wan Azizah yang mesra dipanggil Kak Wan menang mudah dengan undi PAS dikawasan tersebut, tapi jika PAS letak calon, teruklah PKR.

Di pihak BN calon yang berkemungkinan besar adalah Ketua UMNO Bahagian Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.
 
Pengumuman Afnan Hamimi itu dibuat sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam majlis di Permatang Pauh Ahad malam.
 
Bercakap kepada media selepas itu, Afnan Hamimi, 37, yang juga Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, yakin strategi dirangka parti akan memungkinkannya melakukan kejutan pada persaingan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
PAS bertanding di Permatang Pauh sejak 1969, dan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Haji Zabidi Ali menang di kawasan tersebut pada tahun 78-82 sebelum dikalahkan oleh 'ustaz muda UMNO' Anwar Ibrahim pada 1982.

Anwar menyadang kerusi tersebut sebelum menyerahkan kerusi itu kepada isterinya yang bertanding menggunakan logo PKR pada PRU 1999.
 
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pengumuman calon Parlimen Permatang Pauh dibuat lebih awal berikutan beberapa faktor, selain kawasan berkenaan disifatkan istimewa kepada PAS.-16/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 549  tetamu dalam talian