Akhirnya... Datuk Zaid Ibrahim kembali jadi lone ranger dalam politik Malaysia. Bekas ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu kena 'kudeta' oleh ahli-ahlinya sendiri i Kota Bharu pada Sabtu.
Ahli KITA sebulat suara menolak kepimpinan Zaid selaku ketua parti itu berkuatkuasa serta merta dan mengumumkan pelantikan Pengerusi Kita Negeri Kedah, Zamil Ibrahim sebagai ketua yang baru.
Pengerusi Perhubungan Parti KITA Kelantan Abdullah Sani Musa berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu yang diadakan di Kota Bharu, Sabtu."Kami juga menolak serta tidak mengiktiraf pemecatan dua pemimpin parti Kita iaitu Pengerusi Parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim dan Pengerusi KITA Pulau Pinang Tan Tee Beng yang juga Anggota Parlimen Nibong Tebal kerana jawatankuasa terbabit menipu dan melanggar perlembagaan parti.
"Kami sebulat suara memilih Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan ketua parti yang kini dinamakan sebagai Presiden dan beliau akan dibantu Pengerusi Kita Sabah Datuk Pangeran Othman Rauf dan bekas presiden AKIM, Zakaria Salleh," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.
Sementara itu, Zamil berkata parti berkenaan akan melakukan satu rombakan jawatankuasa di peringkat pusat dan negeri dalam masa terdekat di samping memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13.-26/2/2012
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







