25September2018

Kerjasama PAS-UMNO untuk kebaikan Islam, Melayu - Hadi

Kerjasama PAS dengan UMNO akan diteruskan sekiranya ia membawa lebih banyak kebaikan kepada Islam dan orang Melayu, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, belum ada lagi gabungan rasmi bersama Umno setakat ini namun apa sahaja boleh berlaku dalam politik memandangkan “kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang”.

“Apa sahaja perkara yang baik, PAS akan bekerjasama dengan UMNO, namun untuk perkara yang tidak baik, PAS tidak sesekali akan bekerjasama dengan UMNO,” katanya.

PAS dilihat sudah mula menjalin kerjasama dengan UMNO termasuk dalam beberapa pilihan raya kecil di Selangor baru-baru ini.-12/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 608  tetamu dalam talian