15Ogos2018

Kenyataan tak bertanggungjawab Mahathir...

Bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam berkata kenyataan Tun Mahathir Mohammad bahawa mungkin beberapa petunjuk ekonomi yang dikeluarkan kerajaan BN sebelum ini palsu adalah tidak bertanggungjawab.

Menurut Lokman, sebagai salah seorang yang bertanggungjawab menerangkan tentang Dasar Ekonomi Negara sebelum ini, beliau telah mengambil inisiatif untuk menghubungi Ketua Perangkawan Negara, Datuk Seri Dr Uzir bin Tengku Dato' Ubaidillah bagi mendapatkan pengesahan data-data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, sekiranya benar sepertimana tuduhan Tun bahawa ianya telah dipalsukan.  

Ini kerana data-data yang dikeluarkan berhubung soal Keluaran Dalam Negara Kasar datangnya dari hasil bancian dan dapatan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

"Walaupun Ketua Perangkawan kini bukan lagi berkhidmat dibawah Kerajaan Barisan Nasional, beliau secara jujur telah menegaskan bahawa angka Pertumbuhan Ekonomi Negara telah disusun berdasarkan rangka kerja “International Best Practice” dan menepati piawaian antarabangsa.  

"Pengiraannya dilakukan secara professional dan dengan intergriti yang sangat tinggi,"katanya.

Beliau berkata Mahathir seharusnya berlapang dada dan menerima hakikat bahawa beliau mewarisi Kerajaan yang mempunyai ekonomi yang kukuh hasil pentadbiran baik Datuk Seri Najib Razak.  

"Sungguhpun rakyat kini sedar bahawa penipuan Tun selama ini bahawa Negara ini menuju kearah kebankrapan adalah tidak benar, adalah sangat tidak bertanggungjawab sekiranya Tun menafikan KDNK Malaysia tahun lalu 5.9% adalah antara yang tertinggi di dunia.

"Dalam masa yang sama, Mahathir juga perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa tuduhan bahawa negara ini terbeban dengan kadar hutang yang tinggi adalah tidak benar sama sekali.  

"Kadar hutang Malaysia bagi tahun 2017 sebanyak 50.8% berbanding KDNK adalah sihat berbanding kadar hutang zaman Mahathir memerintah tahun 1986 iaitu 103.4% berbanding KDNK,"kata Lokman.  

Jelas Lokman, beliau sedar Mahathir kini tertekan kerana apa yang beliau rfitnah terhadap ekonomi negara sebelum ini akhirnya dinafikan oleh Gabenor Bank Negara dan Tan Sri Zeti Azizi yang mengumumkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan rezab Bank Negara berada pada tahap tertinggi iaitu RM438 Billion.

"Mahathir sepatutnya menumpukan perhatian menunaikan janji-janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya umum ke 14 daripada mengalih perhatian rakyat kepada sandiwara memikul bag-bag yang kononnya berisi duit yang dimiliki oleh Najib dan barang kemas serta beg yang kononnya dimilik isteri beliau.  

"Sebagai cucu kepada jutawan Melayu, Tan Sri Noah, tidak mustahil jika cucunya kaya raya. Tapi Mahathir kena ingat, esok lusa jika DAP sudah tidak mahu mengunakan Mahathir yang hanya punyai 13 kerusi Parlimen, satu negara akan tonton keluarga Mahathir diaibkan pula.
 
Berapa beg dan berapa trak pula agaknya yang bakal digunakan untuk angkut duit, barang kemas serta kereta-kereta mewah milik anak-anak Mahathir. Masa tu baru rakyat akan bertanya macamana anak seorang Perdana Menteri yang datuknya hanya seorang guru, mampu memiliki harta yang berbillion ringit nilainya."kata Lokman dalam satu kenyataan media.-18/5/2018 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 690  tetamu dalam talian