17November2018

Kem Azmin mahu PRK untuk Anwar lepas pemilihan parti...

Ada suara yang berasal dari kem Datuk Seri Azmin Ali supaya pilihan raya kecil untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding diadakan selepas pemilihan parti itu.

Pemilihan PKR dijangka berakhir pada November ini.

Calon Ketua AMK PKR, Dr Afif Bahardin berkata masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya kecil adalah setelah pemilihan parti.

“Satu langkah demi satu langkah, dengan penuh sabar dan tertib,"katanya melalui laman twitter.

Exco PKR Pulau Pinang itu memang diketahui umum merupakan orang kuat Azmin.

Anwar diuar-uar bertanding di Port Dickson, pengumuman kerusi untuk ketua umum PKR dilapor akan diputuskan pada hari ini.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dijangka membuat pengumuman di ibu pejabat parti parti tersebut.

Semalam, ketua wanita PKR menasihati parti supaya membuat mesyuarat rasmi bagi membincangkan kerusi untuk Anwar.

Zuraida Kamaruddin berkata tidak wajar keputusan hanya dibuat oleh “geng kongsi gelap” yang melibatkan “dua tiga orang sahaja”.-12/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 509  tetamu dalam talian