19September2014

Kecuali satu... tiada perubahan senarai calon Pemilihan UMNO

pemilihanumno2013
Tiada perubahan yang ketara dalam senarai calon 260 calon yang bertanding jawatan-jawatan utama dalam Pemilihan UMNO pada Oktober ini.

Semua calon yang menawar diri di peringkat Pusat baru-baru ini kekal dengan pendirian masing-masing kecuali melibatkan calon Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Hamidah Osman.

Bagaimanapun Hamidah yang juga merupakan Ketua Penerangan Wanita UMNO kekal bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali tiada perubahan dalam senarai nama mengikut undian yang dibuat Sabtu lalu.

"Bagi jawatan presiden, dan timbalan presiden kekal seorang calon yang layak bertanding, naib presiden enam orang, Majlis Tertinggi 64 orang.

"Bagi jawatan ketua wanita tiga calon yang layak, tiga bagi naib ketua dan 44 orang bagi jawatan exco wanita," katanya dalam sidang media khas di PWTC pada Rabu.

Untuk sayap Pemuda pula, Tajol berkata lima calon layak bertanding bagi jawatan ketua pemuda, naib ketua empat orang dan 77 bagi jawatan exco Pemuda.

Sayap Puteri pula, dua calon bagi ketua puteri, tiga bagi naib ketua dan 30 exco Puteri.

Sementara itu beliau berkata sekiranya berlaku keputusan seri bagi sebarang jawatan di peringkat pusat konsep undi popular akan diguna pakai untuk menentukan pemenang.

Pencalonan mengikut negeri, Johor (4250), Kedah (28,848), Kelantan (2595), Melaka (1193), Negeri Sembilan (1436), Pahang (2628), Perak (3983), Perlis (638), Pulau Pinang (1960), Sabah (4453), Selangor (4035),Terenganu (1540) dan Wilayah Persekutuan (2123).

Sementara itu, Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata semua calon yang bertanding pada peringkat bahagian dan pusat dalam pemilihan UMNO bulan depan dilarang berkempen bagi pihak diri sendiri dan tindakan melanggar arahan itu akan berdepan tindakan disiplin.

Menurutnya, calon-calon hanya boleh mempromosikan diri sendiri pada program yang diaturkan oleh Badan-badan Perhubungan UMNO negeri.

Katanya, Badan Perhubungan UMNO Negeri akan mengeluarkan jadual untuk calon-calon memperkenalkan di sesuatu program yang akan dianjurkan bermula pada Oktober.

"Calon tak boleh kempen secara bersendiri bagi manifesto untuk promosi diri, kena ikut program yang diatur oleh Badan Perhubungan UMNO.

"Kalau siapa yang keluarkan manifesto, ia langgar etika dan boleh dikenakan tindakan," katanya.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh pulak berkata Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013 akan mengumumkan senarai akhir calon yang layak bertanding pada 7 Oktober depan selepas penelitian terakhir dilaksanakan.

"Senarai akhir akan dikeluarkan selepas tapisan oleh Jabatan Insolvensi dan Mahkamah selesai," ujarnya.-25/9/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 610  tetamu dalam talian