21November2017

Kami pernah jadi alat DAP capai hasrat politik mereka - PAS

Bercakap berdasarkan pengalaman... PAS menasihati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya tidak terjebak dengan permainan politik DAP yang ingin menjadikan PPBM sebagai kuda tunggangan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS mempunyai sejarah dan pengalaman bersama DAP suatu ketika dahulu dan pernah dijadikan alat oleh DAP untuk mencapai hasrat politik mereka.

Katanya, DAP dilihat sudah berjaya menguasai undi kaum Cina dan kini cuba beralih arah untuk meraih undi Melayu melalui gabungan Pakatan Harapan.

DAP bergerak atas pelbagai isu, isu rasuah, isu menuntut kerajaan adil dan sebagainya namun DAP mempunyai agenda tersembunyi.

Berdasarkan pengalaman PAS berkawan dengan DAP ketika dahulu, DAP katanya merupakan sebuah parti anti-Islam dan sekular.

Sementara itu, mengulas isu berkaitan PAS kata Nik Amar boleh berbincang dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun untuk bertahaluf siyasi seperti dahulu, itu mustahil.

Beliau menjelaskan, PAS tidak mungkin akan bertahaluf siyasi dengan PKR setelah secara rasmi terbatal kerjasama tersebut seperti yang diputuskan dalam muktamar lalu.

PKR dilihat sudah berpecah kepada dua kumpulan, kumpulan yang menyokong untuk berunding dengan PAS dan kumpulan yang menentang.-12/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 483  tetamu dalam talian