26September2018

Jumlah derma di majlis pelancaran Manifesto PH memalukan

Kutipan derma yang dilancarkan pada Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan (PH)  bertemakan ‘Membina Negara, Memenuhi Harapan’ pada Khamis malam  jelas melemahkan semangat ahlinya dengan jumlah kutipan yang tidak seberapa.

Bukan sahaja tidak menunjukkan keseriusan PH untuk berkuasa mentadbir Malaysia, malah dengan jumlah kutipan yang dicapai turut tidak masuk akal.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff  bekata, situasi itu pasti kelihatan 'pelik' kerana yang hadir pada majlis pelancaran manifesto itu bukan calang-calang orang.

"Pelik juga kerana ramai yang hadir adalah berjawatan besar di dalam kerajaan seperti Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang, Ahli-Ahli Parlimen, ADUN-ADUN, bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri mahupun berjawatan besar di dalam bidang swasta.

"Tetapi, Pengerusi Majlis, Syed Badli Shah Syed Osman mengumumkan  kutipan derma tabung pilihan raya yang diminta daripada semua pemimpin dan semua hadirin hanyalah berjumlah sebanyak RM13,676 sahaja.

"Jumlah itu  terlalu rendah jika hendak dibandingkan dengan ceramah DAP di Sekolah Han Chiang pada 6 Mac 2008, sebelum DAP berkuasa di Pulau Pinang , menurut buku Lim Guan Eng, adalah berjumlah sebanyak RM123,000," katanya sinis dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Kamarul Zaman, mustahil individu berjawatan besar  yang hadir pada majlis pelancaran di IDCC Shah Alam pada Khamis malam itu hanya mampu menyumbang sebanyak RM10 atau RM20 seorang.

"Kalau saya adalah pemimpin PH,  saya akan merasa malu dan lemah semangat dengan jumlah kutipan derma Majlis Pelancaran Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan yang terlalu sedikit ini kerana ia tidak selari dengan laungan untuk merampas Malaysia," katanya.-9/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 415  tetamu dalam talian