25September2018

Jangan diam saja, Mukhriz perlu nyatakan pendirian isu LGBT...

Ramai yang sudah tahu anak sulung Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk Marina Mahathir penyokong kuat isu hak-hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tapi apa pula pendirian adiknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir?

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO mendesak Menteri Besar Kedah itu agar menyatakan pendiriannya supaya jelas letak duduk perkara berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO Kedah Mohammad Fadzil Zolkifli berkata, sehingga sekarang tiada satu pun pendirian yang dinyatakan oleh MB Kedah tentang beberapa isu seperti tuntutan hak LGBT dan isu-isu lain seperti hak keistimewaan orang Melayu dan tindakan mencemar kedudukan Agama Islam.

Katanya, Pemuda UMNO Kedah tertanya-tanya akan pendirian MB Kedah dalam isu yang sedang hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat.

"Sebagai contoh dalam isu LGBT, MB langsung tidak memberi sebarang komen mahupun menyatakan pendiriannya, jadi sebagai rakyat kita tertanya-tanya adakah beliau akan senada dengan kakaknya, Marina,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohammad Fadzil, Parti Bersatu juga dilihat bagaikan tidak mempedulikan suara rakyat.

"Mereka dilihat mengambil sikap tidak endah dengan tidak menguruskan kemarahan rakyat dalam beberapa perkara berbangkit ini.

"Kita minta Mukhriz, berani untuk menyuarakan perasaan kecewa rakyat kepada kepimpinan tertinggi parti berkenaan," katanya.

"Bagi pemuda UMNO kami akan terus mempertahankan kedudukan institusi Raja, mendukung perlembagaan negara dan mempertahankan hak istimewa orang Melayu.

"Pemuda UMNO Kedah menjunjung kasih atas nasihat Tuanku Sultan Kedah agar hak istimewa orang Melayu, kedudukan Majlis Raja Raja dan kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak," ujarnya.

Katanya, titah ucapan Tuanku Sultan Kedah ketika perasmian sidang Dun itu amat bertepatan dengan senario semasa yang amat mengusarkan orang Melayu.

"Baginda juga menzahirkan gelodak suara hati rakyat yang gelisah dengan suasana semasa dan sekiranya dibiarkan berlarutan maka ia akan menjejaskan perpaduan rakyat," katanya.-15/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 592  tetamu dalam talian