23Oktober2017

Jalan buntu PH.. Najib berjaya batal saman Tony Pua

Tamparan hebat buat pembangkang sehari menjelang himpunan untuk memburukkan imej Perdana Menteri berkaitan 1MDB... selepas mahkamah membatalkan saman Pengerusi DAP Selangor Tony Pua terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Tony Pua sebelum ini menyaman Najib atas tuduhan membuat salah laku dalam jawatannya sebagai penjawat awam.
 
Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Faizah Jamaludin ketika membaca keputusan itu berkata ini kerana Tony tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan tuntutan tersebut.
 
Selain itu menurut beliau, tindakan saman yang difailkan oleh Tony juga tiada kausa tindakan yang munasabah dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.
 
Faizah berpendapat, Tony tidak menyertakan sebarang butiran berhubung dakwaannya sehubungan itu saman tersebut hanya bersandarkan spekulasi semata-mata.
 
Malah Faizah juga memberitahu Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini memutuskan bahawa Perdana Menteri (PM) bukannya pegawai awam.
 
“Saya berpendapat, PM tidak melakukan sebarang salah laku sama ada dalam tahap satu iaitu niat jahat yang dilakukan khusus oleh Najib yang dinamakan sebagai pihak defendan,” ujar Faizah membatalkan saman itu dengan kos RM5,000.
 
Untuk rekod 14 Februari lalu Najib telah memfailkan permohonan atas alasan, Perdana Menteri bukannya seorang pegawai awam selain tuntutan tersebut melibatkan saman bersifat ‘collateral suit’ (saman cagaran) yang mempunyai tujuan politik yang terselindung.
 
Pihak plaintif dalam pernyataan tuntutan mendakwa, plaintif pertama atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB telah cuai menggunakan pengaruhnya dan kedudukannya bagi mendapatkan jaminan daripada kerajaan untuk bon-bon 1MDB dari mana hasil-hasil telah dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.
 
Pihak plaintif juga mendakwa, plaintif pertama, dengan niat jahat sengaja atau cuai meluluskan 1MDB atau syarikat bersekutunya untuk memasuki pelbagai transaksi pelaburan dan perjanjian tanpa menjalankan usaha wajar telah menyalahgunakan dana 1MDB secara diam-diam.
 
Kerajaan selaku defendan kedua juga memohon saman Tony dibatalkan atas alasan tuntutan tersebut tiada kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan penyalahguanaan proses mahkamah.
 
Pihak plaintif memfailkan saman tersebut terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Januari lalu atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan, membabitkan dana 1MDB.
 
Najib diwakili oleh peguam utama, Tan Sri Cecil Abraham dan peguam bersama, Datuk Mohd. Hafarizam Harun manakala Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke Yee Ching.-13/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 735  tetamu dalam talian