21Oktober2018

Jailani letak semua jawatan lepas rasmi mesyuarat parti...

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Jailani Johari mengumumkan peletakan jawatan dalam parti itu dan Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa hari ini.

Jailani turut melepaskan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu kepada timbalannya, Datuk Rozi Mamat sehingga pemilihan jawatankuasa baharu.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mendesak Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri , Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman turut berbuat demikian bagi memikul tanggungjawab sebagai punca kekalahan teruk BN.

"Kini rakyat (menunjukkan) tidak mahu (kepemimpinan) Ahmad Razif, rakyat telah bersuara... saya juga mendengar suara dari bahagian meminta saya berundur dan saya sahut seruan tersebut," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Mesyuarat Berkelompok dan Sayap di Dewan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Jumaat.

Tambahnya lagi, rakyat sudah mula bersuara dan menyatakan kehendak mereka, dan kini UMNO/BN perlu bangkit dengan perubahan dilakukan bukan sahaja di peringkat pucuk pimpinan UMNO.

"Semua kesilapan, keegoan dan sikap cantas mencantas antara satu sama lain perlu dibuang kerana rakyat sudah bosan dengan apa yang berlaku bagi memastikan UMNO kembali bangkit dan diperkasakan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)," ujarnya.

Jailani bekas penyandang kerusi Parlimen Hulu Terengganu penggal lalu tidak dicalonkan semula dalam PRU-14.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi turut membuat kenyataan menerusi laman sosial mengenai keputusannya melepaskan jawatan.

Namun beliau belum melakukan secara rasmi bagi memberi laluan kepada bakal penggantinya untuk kembali memulakan gerak kerja parti selepas PRU-14.

Keputusan itu dibuat bagi mengotakan janjinya semasa mengambil alih teraju kepemimpinan bahagian.

Ahmad Sabri dilaporkan berkata beliau akan melepaskan jawatan jika UMNO dan BN sekali lagi gagal memenangi sebarang kerusi dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.-19/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 506  tetamu dalam talian