15Ogos2018

Isteri suruh Anwar berehat dulu dari politik...

Ini lawak jika difikirkan... sebab yang bercakap itu ada percanggahan kepentingan, ialah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Jika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu aktif kembali dalam politik, beliau dijangka ambil tempat isterinya, atau ambil tempat Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Tapi dalam kata lain, Azizah mesti berhenti jadi TPM, sebab tak kan suami PM, isteri TPM, negara apa macam tu kan...?

Sebab itu barangkala, Azizah suruh Anwar rehat dulu, rehatlah setahun dua, sementara dia jadi TPM puas-puas.

Menurut Azizah, ruang harus diberikan agar peralihan kuasa kepada kerajaan hari ini dapat dilaksana dengan lancar dan aman.

"Biarlah dia sihat dahulu dan biarlah proses itu (peralihan pemerintahan kerajaan baharu) berlalu dahulu sebelum beliau aktif kembali mengambil bahagian."

Azizah berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghubungi beliau sendiri untuk memaklumkan Lembaga Pengampunan Diraja akan bermesyuarat pada Rabu ini bagi mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berhubung pengampunan dan pembebasan Anwar.

Sebelum itu, Azizah melawat Anwar yang menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun ini.-15/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 466  tetamu dalam talian