21Jun2018

Hu ha di Perlis beres menjelang hari raya...

Syukur alhamdulillah... hu ha perlantikan Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri selama lebih sebulan selepas PRU14 berakhir pagi Rabu.

Ini selepas lapan ADUN Barisan Nasional (BN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau di sini sebentar tadi.

Berangkat sama ke majlis berkenaan, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Sebelum ini BN Perlis tidak setuju dengan Azlan yang dilantik MB dan mahukan calon lain.

Krisis tersebut berlarutan sebelum semua ADUN Perlis mengadap Raja Perlis di Istana Kayangan baru-baru ini.

Mereka yang dilantik sebagai Exco hari ini adalah ialah Nurulhisham Yaakob (Simpang Empat); Asmaiza Ahmad (Chuping); Azizan Sulaiman (Santan); Rozaini Rais (Beseri); Siti Berenee Yahya (Mata Ayer); Hamizan Hassan (Kayang); Roziena Ahmad (Pauh) dan Teh Chai Ann (Titi Tinggi).

Majlis istiadat mengisytiharkan perlantikan ahli Exco berkenaan berlangsung di Balai Menghadap, Istana Arau kira-kira pukul 11 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Pada 24 Mei lalu, Azlan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin di Balai Mengadap, Istana Arau.-13/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 947  tetamu dalam talian