16November2018

Demi maruah... Hisham tidak khianati UMNO

Di sebalik spekulasi yang mendak beliau ketua geng nak lompat parti, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau kekal setia bersama UMNO.

Penjelasan bekas Menteri Pertahanan itu mematikan spekulasi kononnya beliau antara 40 wakil rakyat UMNO  yang bakal mengikuti jejak Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed lompat parti menyertai PPBM.

“Saya tegaskan sekali lagi saya tidak akan keluar parti, mungkin dah seorang kurang dari 40 itu.

“Orang putih kata kalau nak tahu ‘actions speak lauder than words’ jadi ‘action’ saya hari ini mana ada keluar parti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk A Kadir Jasin dilaporkan berkata, kira-kira 40 ahli Parlimen UMNO mungkin meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM kerana mereka sudah beberapa kali menemui Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kepimpinan tertinggi parti itu, secara berseorangan atau berkumpulan.

Hishammuddin berkata beliau dan ahli Parlimen UMNO yang lain mempunyai maruah dan tidak akan mengkhianati parti.

“Setiap wakil rakyat ada maruah mereka, mereka ada maruah mereka masing-masing, boleh tanya,” katanya.

Katanya, khabar angin kononnya wakil UMNO akan menyertai PPBM beramai-ramai sengaja dijadikan isu untuk memanaskan keadaan.

“Hari ini buat satu isu, dua, tiga hari panas bila tidak benar mereka alih kepada isu lain pula,” katanya.-30/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1121  tetamu dalam talian