23Oktober2017

DAP jaja cerita dongeng menjelang PRU ke14

DAP dijangka akan memainkan lebih banyak cerita `dongeng’ sepertimana pernah mereka lakukan semasa PRU ke-13 lalu terutamanya di negeri Perak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata tuduhan terbaru dibuat Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming kononnya BN membawa masuk pengundi hantu merupakan cerita dongeng karya DAP semata-mata.

Katanya, pembangkang boleh ada-adakan cerita sepertimana mereka pernah lakukan dengan mendakwa kononnya BN membawa masuk 40,000 pengundi Bangla tapi akhirnya cerita itu tidak betul.  

``Sebagaimana yang kita tahu pembangkang ni dia boleh mengada-adakan cerita…PRU ke-13 dulu kita jangan lupa apa yang diceritakan tentang Bangla. . . 40,000 pengundi Bangla dibawa oleh Barisan Nasional. . . penuh kapal terbang tu angkut 40,000 Bangladesh kata dek Anwar.

``Anwar serupalah... Anwar ni sama juga satu kelambu !.. walaupun mimpi lain-lain tapi akhirnya terbukti cerita tu tak betul... tuduhan tu tak betul.

``Itu taktik pembangkang untuk menjejaskan kredibiliti pihak Barisan Nasional dan UMNO... oleh itu jangan percayalah itu cerita-cerita dongeng yang direka cipta pihak pembangkang.

``Banyak cerita rekaan ni akan dibuat pihak pembangkang... maklumlah sudah nak pilihanraya,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Universiti – Industri Program Jelajah Kesedaran 2U2I ke sekolah Peringkat Negeri Perak anjuran Kolej TAJ, di Dewan Pekan Rabu pada Selasa.

Baru-baru ini Nga  Kor Ming menerusi akaun Twitter miliknya memuat naik satu gambar bersama pimpinan Harapan di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak dengan memuat naik status , terbongkar BN letak 56,323 pengundi hantu di Perak.

Sementara itu dalam ucapannya, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak  meminta rakyat khususnya pengundi-pengundi Melayu supaya tidak memberikan undi kepada Tun Mahathir Mohamad kerana undi itu sudah pastinya akan memberi kelebihan di pihak pembangkang kelak.

``Kita menghormati Tun M tapi kerana dia sudah beralih arah ke pihak pembangkang maka kita jangan berikan undi kita kepadanya,’’ katanya.

Menurut Tajuddin, apa yang penting rakyat perlu terus memberikan sokongan jitu kepada BN yang sudah tentu sejak dahulu sehingga ke hari ini menjaga kebajikan dan nasib masa depan rakyat.-11/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 853  tetamu dalam talian