16November2018

BN tidak amal lompat kawasan seperti pembangkang

Ahli Majlis Tertinggi UMN0 Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman mempertahankan Barisan Nasional (BN) kerana tidak mengamalkan dasar melompat kawasan seperti pembangkang sebalik mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya dasar yang sentiasa konsisten berkhidmat untuk rakyat, tidak lari apabila meletakkan calon-calonnya  berbanding pembangkang yang gemar melompat kawasan untuk mencari kerusi.

Katanya   pembangkang mengamalkan sikap demikian kerana mereka semakin goyah apabila sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat khasnya pengundi.

Katanya, atas faktor inilah maka pilihanraya menjadi `pentas’ buat mereka untuk melompat kawasan mencari kerusi selamat.

``Itu pembangkang‚Ķmereka bukan macam kita ‚Ķkita ni wakil rakyat kita nak menjaga‚Ķ nak membela rakyat‚Ķ.bila kita menjadi wakil rakyat  kita nak berkhidmat kepada pengundi dan juga pengundi disitu.

Beliau berkata wakil-wakil rakyat  seperti kata  orang ‚Äú... hidup mati disitu kalau Pasir Salak... Pasir Salaklah... tak pergi mana‚Äô‚Äô katanya.

Tajudin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan  bantuan awal persekolahan  Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Kampung Gajah pada Jumaat.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak turut menyindir bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin kerana melompat kawasan bertanding semasa pilihanraya dari DUN Pasir Panjang ke Changkat Jering dan  khabarnya konon mahu bertanding pula di DUN Sungai Rapat menjelang PRU ke-14 nanti.    

``Rakyat dah tahu apa yang dia buat sebagai wakil rakyat berbanding Pasir Salak, saya tak pergi mana sebab apa?, “katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Duta China di Malaysia `jangan politikkan hubungan China dan Malaysia’, katanya, Malaysia sebagai sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat mampu untuk menguruskan hal ehwal dalam negara.

``Tak perlu kita sama ada kerajaan ataupun pembangkang. parti UMNO ke Barisan Nasionalke parti pembangkang untuk nak jemput atau melibatkan pihak luar untuk mendapatkan sokongan ke tak perlulah sebab kalau dilakukan begitu seolah  negara kita ini kita tidak boleh urus sendiri pasal ada pihak luar pula yang nak campur,‚ÄĚkatanya.-12/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 766  tetamu dalam talian