21Oktober2018

BN, Star boikot DUN Sabah... PH syok sendiri

Sidang khas DUN untuk mengundi sokong Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah menjadi sidang syok sendiri sesama ADUN PH di negeri itu.

Ini selepas 20 ADUN dari Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) memboikot sidang tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Seri Mohd Hajiji Noor dan Presiden Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam satu kenyataan bersama berkata, sidang Dun Khas itu merupakan tindakan terburu-buru Shafie Apdal dalam usaha menggagalkan prosiding mahkamah mengenai pelantikannya sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Disebabkan sidang khas itu melanggar undang-undang, semua Adun BN dan Star membuat keputusan untuk berpegang teguh kepada perlembagaan negeri, justeru kami tidak akan menghadirinya,” kata kenyataan itu.

Krisis menteri besar berlaku sejak 10 Mei lalu apabila Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebelum Shafie mengangkat sumpah dua hari kemudian.

Musa kemudian memfailkan saman terhadap Shafie dan Yang Dipertua Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan pelantikan itu.

Terdahulu, kehilangan Musa Aman masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini selepas beliau dilaporkan berada di London selepas meninggalkan negara melalui Brunie.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya di ibu negara baru-baru ini berkata, bekas ketua menteri Sabah itu akan ditangkap selepas beberapa proses melibatkan pihak keselamatan luar negara selesai.

Musa dikehendaki  pihak berkuasa berhubung laporan polis yang dibuat Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkaitan ugutan jenayah baru-baru ini.-11/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 488  tetamu dalam talian