10Disember2018

BERJASA sertai Gagasan Sejahtera bersama PAS dan Ikatan

Parti orang-orang koperasi yang menggunakan jenama Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) akhirnya memilih menyertai blok pembangkang bersama PAS dan Ikatan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

BERJASA dijangka akan mengumumkan secara rasmi menyertai pakatan pembangkang itu tidak lama lagi.

Difahamkan parti akan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dalam pilihanraya akan datang.

Kerusi-kerusi tersebut adalah Batang Kali, Kota Damansara, Semenyih, Jeram, Pelabuhan Klang, Dengkil, Kuang dan Hulu Bernam.

Tindakan proaktif dilakukan itu dilihat usaha Presiden BERJASA yang baharu, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut dalam memberi 'semangat' kepada parti berkenaan.

BERJASA juga menyokong pindaan Rang Undang Undang 355 yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Parti BERJASA merupakan serpihan daripada PAS yang diasaskan oleh bekas Menteri Besar Kelantan Dato' Haji Muhamed bin Nasir,  pada tahun 1977 setelah beliau dipecat oleh PAS.

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2013, BERJASA telah bertanding semula dengan sokongan NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang meletakkan calon bertanding di beberapa kawasan campuran yang tidak ditandingi oleh orang Islam.

Semua calon tajaan ISMA kalah.

BERJASA dan ISMA menyatakan mereka menyertai PRU-13 bukan bertujuan memecahkan undi orang Melayu, sebaliknya mahu meramaikan wakil kaum itu di Parlimen.

Meraka hanya bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi calon nya bukan Melayu seperti P009 Alor Setar, P017 Padang Serai, P072 Tapah, P097 Selayang, P109 Kapar, P129 Seremban dan beberapa kerusi DUN di Kedah dan Selangor

Calon-calon ISMA masuk bertanding untuk menang, dan berharap dapat memainkan peranan kuasa ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa yang paksi politiknya ialah nasib dan masa depan umat Melayu Islam di Malaysia tanpa mengambil kira blok politik mahupun sempadan kepartian.-23/9/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 325  tetamu dalam talian