Sab05182013

Kemaskini terakhir07:02:40 PM GMT

Back Berita Utama Politik Berebut kerusi: Giliran DAP, PKR Sarawak berentap pulak...

Berebut kerusi: Giliran DAP, PKR Sarawak berentap pulak...

  • PDF

dap-pkr-sarawakPerebutan kerusi antara DAP dan PKR di Semenanjung akhir-akhir ini merebak ke Sarawak pulak selepas DAP negeri itu berkeras mahu meletakkan calonnya di Parlimen Mas Gading yang dikehendaki PKR.

Sebelum ini Naib Presiden PKR, Datuk John Tenewi membantah keras hasrat DAP tersebut.

Bagaimanapun Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, kenyataan Tenewi tidak menggambarkan pandangan sebenar pemimpin akar umbi PKR di Mas Gading.

“Saya telah menghubungi pemimpin-pemimpin akar umbi PKR di Mas Gading dan jelas sekali mereka tidak sependapat dengan Tenewi. Hakikatnya, mereka memberi jaminan akan menyokong penuh calon kami (DAP), Mordi Bimol,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuching semalam.

Kenyataan Chong itu jelas bertentangan dengan dakwaan Tenewi baru-baru ini apabila beliau memberitahu DAP agar menjauhi kerusi Mas Gading atau ‘langkah mayat mereka (PKR) dahulu’ jika mahu bertanding di kerusi tersebut.

Tenewi menambah, DAP seharusnya memfokus sepenuhnya kepada kerusi-kerusi (Parlimen) di kawasan bandar dan menyerahkan konsituensi majoriti Dayak kepada PKR.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Naib Presiden PKR itu, Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata, Tenewi hanya menyuarakan pandangan peribadinya bukan usul kolektif rakyat peringkat akar umbi.

Beliau menegaskan tidak akan melepaskan Mas Gading tanpa mencuba terlebih dahulu kerana pada akhirnya, keputusan calon dari parti mana yang bertanding akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).

“Sudah tentu menjadi kebiasaan untuk mana-mana parti untuk meletakkan calon masing-masing, tetapi siapa jua calonnya kami (DAP) akan memberi sokongan,” katanya dipetik dati Borneopost.

Beliau menambah, kedua-dua parti akan cuba sedaya mungkin untuk mengelak pertarungan antara lain kerana ia hanya akan menjejaskan peluang PR menang.

Menurut Chong, PR di Sarawak seharusnya dapat mencatatkan kemenangan maksimum iaitu 12 daripada 31 kerusi parlimen yang dipertandingkan di negeri ini.

Chong tanpa menyatakan dengan lebih spesifik kerusi yang bakal diletakkan calon DAP berkata, kebanyakannya adalah konstituensi di kawasan bandar selebihnya luar bandar.

Hadir sama pada sidang media itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah Christina Chiew, Pengerusi DAP Sri Aman, Leon Jimat Donald dan Mordi.

Sebelum ini PKR dan DAP Johor bergaduh sakan sehingga pemimpin kedua-dua parti tersebut terpaksa arah kedua-dua pemimpin parti peringkat negeri tutup mulut.-20/2/2013


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.