16Oktober2018

Bagaimana tukar kontrak jimatkan kos - Wanita UMNO

Wanita UMNO mempersoalkan bagaimana tindakan menukar kontrak projek Transit Aliran Massa 2 (MRT2) kepada kontraktor lain boleh mengurangkan kos.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad turut mempersoalkan bagaimana menggerakkan kontraktor baru ke tapak pembinaan yang sedang berjalan boleh menjimatkan kos operasi.

Padahal, jelasnya , kerja-kerja bawah tanah MRT2 kini sudah 40 peratus siap dengan baki kerja berjumlah RM9.6 bilion daripada jumlah kos yang diagihkan sebanyak RM15.47 bilion.

“Sepatutnya, kerajaan dan MMC-Gamuda mencari jalan penyelesaian untuk kos kerja bawah tanah yang dikatakan menjadi punca penamatan kontrak syarikat tersebut yang memiliki kepakaran dan telah terbukti melalui projek Terowong SMART (Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya) dan MRT1 (Transit Aliran Massa 1) sebelum ini.

“Wanita UMNO bimbang selepas ini kontrak terbabit tentunya akan diberikan kepada kontraktor asing yang kemudiannya menggunakan kakitangan berpengalaman dari negara mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua semalam berkata, kerajaan tidak membatalkan projek kerja bawah tanah bagi MRT2, sebaliknya kontrak berkenaan akan diberikan kepada kontraktor yang boleh menjalankan operasi pada kos lebih rendah.-11/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 444  tetamu dalam talian