23November2017

Azmin tidak bijak arah Selangor batal langgani akhbar

Tindakan kerajaan Selangor mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri memberhentikan langganan akhbar arus perdana kerana takut kelemahan mereka didedahkan, kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
       
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menyifatkan arahan memberhentikan langganan akhbar Kumpulan Utusan dan Berita Harian (BH) itu sebagai satu tindakan yang tidak bijak

``Pelbagai komen telah dibuat berhubung isu ini dan saya nak tambah kenapa mereka mengambil keputusan untuk menamatkan langganan . . . tak bagi jabatan, agensi mereka atau siapa juga yang berkaitan dengan kerajaan negeri Selangor melanggan akhbar arus perdana ini.

``Kita tahu kenapa…yang saya tahu mereka takut kelemahan mereka itu didedahkan…tetapi orang akan cakap juga jadi langkah itu bukan satu langkah yang bijak untuk menutup kelemahan,’’ katanya.

Tajuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Arena Square Komuniti Sihat Perkasa Negara ( KOSPEN Kampung  Kunci Air 4, Sungai Manik pada Ahad.

Menurut beliau, media mempunyai peranan untuk membuat laporan sebagai nadi dan suara rakyat dan bukannya membuat laporan sesuka hati.

``Jadi banyak kelemahan  kerajaan negeri Selangor di bawah PKR...Pakatan Harapan mungkin mereka merasakan akan kedudukan mereka terjejas tambahan pula nak hadapi pilihanraya.

``Sebab itu `tutup mulut tutup’ jangan bagi orang ramai tahu . . apabila media atau surat khabar ini tulis sebagai maklum balas ia akan dedahkan kelemahan. . .  banyak kelemahan, perpecahan dalam pakatan mereka . . . perselisihan antara pemimpin mereka dan juga sikap biadap mereka terhadap Sultan Selangor.”

“Sebagai contoh  dalam isu  umpamanya memperkasakan mahkamah Syariah di Selangor padahal itu adalah berkaitan dengan kuasa Majlis Agama Islam negeri Selangor.

``Siapa Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor?... ketua agama ialah Sultan ,,,itu  kuasa  Sultan…Majlis Agama Islam dibawah kuasa Sultan. .  itupun mereka langgar,”

“Mereka tak setuju dengan penguatkuasaan mahkamah Syariah maknanya tak setuju kuasa diberi kepada Sultan menentukan hal agama Islam. Bukan begitu?”

``Jadi kalau mereka tak ada kelemahan apa mereka nak takut. . . kalaupun ada laporan kurang betul…tak tepat jawablah . . . kalau sekiranya sampai ke peringkat melampau katakan ada fitnah tohmahan  mereka boleh ambil tindakan undang-undang kepada media .

``Kalau Utusan buat salah…tohmah..fitnah dan sebagainya boleh ambil tindakan undang-undang boleh saman tak ada masalah dan  masalah bukan dengan cara nak menutup media `black out’ media daripada melapurkan apa juga berkenaan  pimpinan  mereka dan kerajaan.

Tajuddin mendakwa pembangkang kini menghadapi  masalah “kita tahu mereka lemah, banyak isu yang boleh mengggugat kedudukan mereka dalam menghadapi pilihanraya ini, justeru mereka tidak mahu rakyat dapat tahu itu semua daripada laporan laporan  akhbar arus perdana.

``Sebagai kerajaan yang berkuasa, kitapun baca  bahwa media-media pembangkang seperti Roket dan Suara Keadilan macam-macam mereka tuduh kita,”

“Banyak fitnah dan tohmahan terhadap kita tetapi  tak adapun  kita bagi tahu, eh  jangan beli surat khabar ni, saya kadang-kadang saya beli saya nak tahu apa depa tulis pasal kerajaan pusat dan kerajaan Perak.

“Walaupun begitu kita tidak kata, oh jangan beli surat khabar pembangkang.

``Sebab kita tak takut apa juga yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang oleh surat khabar mereka ..buletin mereka ..kalau tak betul kita boleh jawab ..kita boleh jawab dan rakyat tahu membeza diantara yang benar dan yang salah so nothing to be afraid.

Beliau mengingatkan pembangkang:``Saya nak bagi tahu mereka jangan ingat dengan cara begitu mereka boleh menutup kelemahan mereka, power yang paling power sekali penghebahan  ini ialah dari mulut ke mulut, orang tahu isu masalah,  isu kelemahan mereka, orang cakap daripada seorang ke seorang bertali arus.’’-13/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 673  tetamu dalam talian