19September2017

Azmin jumpa Hadi untuk selamatkan kerusi parti tertentu...

Perbincangan kerjasama pilihan raya yang dilakukan Pakatan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini hanya bertujuan menyelamatkan kerusi parti tertentu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, hakikatnya perbincangan itu sekadar mahu menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan sekali lagi seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

“Sebarang perbincangan kerjasama pilihan raya yang kononnya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), hakikatnya adalah untuk menyelamatkan kerusi parti tertentu.

“Strategi itu mengakibatkan jentera pilihan raya PAS sekali lagi kuda tunggangan seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat,” katanya dalam kenyataan di HarakahDaily.

Beliau mengulas gambar kunjungan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Dr. Shaharuddin Badaruddin ke atas Abdul Hadi, baru-baru ini.

Pertemuan itu menimbulkan keresahan beberapa parti sekutu dalam Pakatan yang diketuai DAP kerana ia dilakukan selepas Azmin dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya pembangkang.

Jelas Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, selepas berjaya memenangi kerusi dalam pilihan raya, sekali lagi agenda Islam akan ditendang dan diperangi habis-habisan.-16/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 710  tetamu dalam talian