26Jun2017

Awas..Melaka tumpuan serangan pembangkang PRU14

Para pemimpin UMNO diseru agar mengenepikan segala permasalahan dalaman kerana perbalahan dan perbezaan pendapat itu jika diheret hingga ke pilihanraya ianya akan menyebabkan calon-calon UMNO/Barisan Nasional (BN) kecundang.

Oleh itu semua pihak yang bertelagah dalam UMNO diseru agar mengenepikan ketidakbersamaan itu bagi mengelakkan ianya berterusan sehingga menyebabkan calon-calonnya kalah dalam pilihan raya nanti.

Gesaan itu dibuat oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmaf Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah, di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah, Melaka, Ahad.

Turut Hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir Idris Harun, Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah Dayuk Rauf Yusoh, Ahli Parlimen Masjid Tanah Yang Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Mas Ermeyati Samsudin, Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Ahmad Hamzah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rostam dan bekas Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Abu Seman Yusof/

Menurut Zahid, dalam tempoh dua tahun lima bulan sebelum tarikh akhir Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sudah tidak ada masa lagi untuk terus berbalah sesama sendiri.

Beliau melahirkan kebimbangannya apabila dimaklumkan bahawa antara negeri yang menjadi tumpuan ‘serangan’ oleh pembangkang pada PRU akan datang adalah Melaka.

Oleh itu, katanya, menjadi hasratnya sebagai Naib Presiden UMNO mahu agar negeri Melaka terus di bawah kepimpinan Datuk Seri Ir Idris Harun dan mahu semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang sedia ada terus dipertahankan manakala kerusi-kerusi yang kecundang dirampas kembali.

Zahid juga mengingatkan hampir 1000 orang perwakilan dan pemerhati yang hadir bahawa anasir luar sedang cuba melemahkan UMNO dari dalam melalui mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki yang sangat tebal.

Ketika berucap itu juga Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu sehingga pukul 8 pagi tadi (6 September 2015) sebanyak 267 laporan polis diterima berhubung kes memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4.

Menurut Timbalan Perdana Menteri empat individu dikenal pasti melakukan perbuatan itu, namun lebih ramai peserta dijangka ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan tersebut.

“Tindakan (ke atas mereka) sedang dijalankan. Tolong hormati pemimpin, kalau berbeza pandangan sekalipun, jangan hina dan memijak gambar pemimpin.

“Dalam hal ini, saya lihat ada hikmahnya kerana atas nama pemimpin yang dihina, Insya-Allah UMNO dan PAS akan mengambil tindakan sama terhadap mereka yang terlibat,” katanya.

Zahid juga menegaskan bahawa beliau tidak lagi memberi amaran kepada pihak yang menganjurkan perhimpunan haram di negara ini sehingga mengganggu perpaduan dan ketenteraman rakyat yang telah terjalin sejak sekian lama.

Zahid berkata, pihak polis akan segera ambil tindakan tegas bukan saja kepada penganjur tetapi juga peserta yang jelas melanggar undang-undang negara.

"Selepas ini, jangan marah polis, jangan marah Kementerian Dalam Negeri dan jangan marah kerajaan, sebaliknya marah diri sendiri. Walaupun Akta Perhimpunan Aman mengizinkannya, tetapi jika lokasi yang digunakan itu tidak digazetkan (untuk perhimpunan) tindakan tegas menanti mereka.

“Ini negara demokrasi buat cara demokrasi. Suka saya sebut, penganjur perhimpunan haram berkenaan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang,” ujarnya.-6/9/2015 - OLEH LUKMAN ABDULLAH


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 742  tetamu dalam talian